sepatutnya umat islam berbangga dan beramal dengan agama yang mereka anuti ini. sejarah lalu menunjukkan bukan senang dakwah yang dilakukan oleh baginda junjungan besar dan para sahabatnya .
pelbagai adab Islam telah ditinggalkan oleh nabi besar kita tapi sayangnya kita tidak mengetahuinya. belajar agama pun sekadar untuk lulus peperiksaan.
Islam banyak mengajar manusia ..... untuk menyelamatkan dunia ini dari punah ranah.
Antaranya kita diperintah untuk menegakkan agama dengan adil,baik dan menjadi contoh kepada umat manusia.
ketika menghadapi perang dengan kuasa besar dunia ketika itu Rom para tentera Islam telah diberi nasihat :
jangan kamu membunuh orang-orang peermpuan,
jangan dibunuh orang-orang tua,
jangan membunuh para paderi yang sedang beribadat di gereja mereka,
jangan dibunuh para peniaga,petani dan orang-orang biasa,
jangan dipotong pokok-pokok dan tanaman,
jangan kamu mencincang mayat-mayat yang sudah mati,
jangan khianat perjanjian dengan orang-orang bukan Islam.
itulah adab yang diajar oleh Islam walaupun kita berkuasa kita tidak boleh memaksa orang-orang bukan Islam untuk masuk Islam.
dalam berdakwah kita tidak boleh menggangu kebebasan beragama.
itulah islam satu agama yang akan menyelamatkan dunia ini .....
janganlah direka sistem lain untuk kesejahteraan dunia ini....
kita sudah terlalu lama dimomokkan dengan slogan hidup melayu. sepatutnya slogan hidupkan islam!
BalasPadamsalam...
BalasPadambetul ..setuju dgn Insan Marharen..
Insan Marhaen: susah juga kerana melayu je islam kot.
BalasPadamsekamar rindu:.t.kasih
BalasPadam