
Driver train (hitam) ..............
woiiiiii! aku dulu, lewat dah ni nak hantar kontinjen perbarisan merdeka ke Parlimen ni!
Driver train (kuning).............
Kau ingat kau sorang je nak kesana?????????
Hukum Islam untuk mendidik bukan menyeksa
hukuman yang dicipta akal manusia
http://ustazahlama.blogspot.com
Dalam kunjungan penulis bersama-sama rombongan Persatuan Ulama Malaysia ke Banda Acheh pada akhir Jun yang lalu, kali dimaklumkan hukuman sebat keatas bagi kesalahan mabuk, berjudi, khalwat dan ajaran sesat telah lama dilaksanajan di sana. Ia adalah dibawah kesalahan ta'zir dalam Undang-undang Jenatah Islam.
Cara sebat dalam Islam ni lebih baik dari sebat cara hukuman sivil. Atau dgn kata lain. sebat dalam Islam lebih berperikemanusiaan dari cara hukuman sivil. dalam syariah, cara nak sebat, masa nak angkat rotan tu, tak boleh nampak ketiak kita ( hadith rasulullah) misalannya, kalau kita kepit buku kat ketiak tu dan angkat rotan untuk sebat pesalah tu, buku tu tak jatuh.
Rotan yg digunakan bagi pesalah jenayah syariah adalah lebih kecil diameternya dari svil. Objektif dilaksanakan hukuman adalah li ta'dib-untuk mendidik dan bukannya li ta'ziib-untuk menyiksa pesalah. Kesan dari sebatan tidak boleh berdarah pada kulit pesalah tapi bagi pesalah sivil hmm.. parut tu hanya akan hilang selepas 2 tahun. Ini pun bergantung pada jenis kulit jugak..
yg kedua, pendakwa syarie, pengawai jabatan agama dan hakim2, jgn takut untuk memastikan penjenayah yg melakukan jenayah yg membawa hukuman sebat, jgn takut untuk melaksanakan tugas anda.
yg terakhir, Negeri2 lain selain dari negeri kelantan, ikut lah jejak langkah negeri kelantan yg telah pun melaksnakan hukuman sebat ini sejak 1987 lagi. kalau yg belum beli rotan lagi, sila lah ke kedai buat survey, yg mana satu rotan yg sesuai mengikut syara' untuk digunakan.
perkara2 di atas adalah antara isu2 penting yg ingn saya kongsikan bersama.
ada ditunjukkan gambar dan demonstrasi cara sebatan yg dibuat oleh pegawai penjara.. utuk pesalah sivil saya tengok, tukang sebat tu, pusing 360' untuk menyebat pesalah. Pah bakpo, tak terberak n terkencing pesalah. pengsan tu biasa lah, kata pengawai penjara.
dalam kereta saya termenung sendiri sepnjang perjalanan balik ke UIAM. Ingat pada anak2, adik2 dan student yg saya kasihi.. jgn buat maksiat..maksiat adalah jalan untuk buat jenayah.. sakitnya, pedihnya.. tapi saya terfikir pula..azab di akhirat sebenarnya adalah lebih pedih, lebih azab dari azab di dunia... masyaAllah.. pintu taubat masih terbuka..subhanallah..
Pada sapa-sapa yang masih rasa tak puashati dgn undang2 Islam,
Ko pikirlah sendiri
Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing.
Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.
Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.
Apabila asasnya adalah nas, maka ia adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya – kerana ia berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.
Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya.
Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.
Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.
Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.
Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.
Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ia memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan.
Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam.
Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.
Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.
Haramnya arak adalah tidak mengira tempat – sama ada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.
Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya – adalah seumpama menghadapi nyamuk Aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!
Artikel ini diterbitkan sepenuhnya daripada kenyataan media Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.