Pengikut

Rabu, 12 Ogos 2009

Kalau rasa nak baca..... baca.

Maaf ya tulisan aku ni membebel sikit kali ni. Nak baca - bacalah . Tak nak pun tak apa.

Kita kena tahu dan melihat sejarah kerana ia penting untuk dijadikan panduan. Aku nak kutuk orang yahudi.... maafla kalau ada orang yahudi terbaca.

Cuba kita lihat dan baca sejarah puak yahudi ni. Kita lihat penyakit yang menimpa yahudi dizaman dulu.Penyakit yahudi dulu sekarang terjangkit pula kepada kita orang Islam. Bukan H satu dan N satu je boleh berjangkit.

Penyakit apa yang orang yahudi alami? Ia itu penyakit beriman dengan sebahagian taurat dan kufur dengan sebahagiannya. Taurat janganla tak tahu pula. Taurat ni kitab suci orang Yahudi. Jangan la sampai tak tahu pula selain quran ada beberapa lagi kitab suci seperti taurat, injil dan zabur.

Maka penyakit beriman separuh dengan alquran dan kufur separuh lagi tu telah berjangkit pula pada kita ummat Islam.

Kenapa aku kata begitu? Kerana sekarang kita hanya percaya hukum-hukum alquran dalam perkara-perkara sembahyang,puasa,zakat,haji,perkahwinan,pesaka dan wakaf tetapi tidak percaya dan tidak beramal dengan hukum mengenai jenayah,pemerintahan negara dan kehidupan.

Dalam masa yang sama kita solat, buat haji dan umrah dengan begitu banyak, tetapi dalam masa yang kita menolak hukum Allah dalam kehidupan kita.

Maka adakah Allah itu tuhan semasa solat dan tuhan ketika kita berada diMekah sahaja? Sedangkan diwaktu lain dalam kehidupan Allah tidak lagi menjadi tuhan.

Penyakit yang pernah menimpa orang-orang yahudi yang kini menimpa umat islam pula ialah
penyakit rasuah.... melantik orang yang rasuah sebagai pemimpin. Ketua yang dapat memberikan harta dan benda itulah yang dilantik sebagai pemimpin. Manakala pemimpin yang tidak mengikut selera mereka dibunuh dan disembelih.

Marilah ketika kita menghampiri bulan Ramadhan ini melihat kedalam diri kita adakah penyakit ini juga sedang menimpa umat islam? Sesungguhnya penyakit ini sedang menimpa kita maka kita kini dilanda oleh penyakit keruntuhan akhlak, kelemahan iman yang sangat jelas.

Tidak terlewat lagi untuk kita membina harga diri kita dengan taqwa, iman dan ilmu islam supaya kita menjadi orang islam yang sebenar. Orang islam yang mempunyai ketahanan iman dan akhlak dan mempunyai kekebalan diri dalam menghadapi cabaran yang datang dari seluruh pelusuk dunia yang sedang menggoda dan menganggu umat islam supaya menyeleweng dari agama kita.

7 ulasan:

  1. salam,
    kalau kita peratikan,sesuatu perkara yang hendak dilakukan tidak mengikut landasan yang dibenarkan oleh agama tetapi bila berlaku saja permasalahan,mereka akan merujuk kepada agama untuk penyelesaiannya...sungguh mengelirukan!

    BalasPadam
  2. Salam,
    Kita ni hanya rakyat, umat yang biasa-biasa sahaja..... siapalah kita untuk mengubah percaturan satu golongan yang besar dan berkuasa..... Maka ..... apa yang chekdee selalu amalkan ....kita berdoa agar diri kita disucikan hati ....agar bila hati kita baik....insyaallah, allah akan jadikan aura kita baik... dan aura yang baik akan menarik semua yang baik-baik sahaja untuk duduk, kawan dan mengelilingi kita ...... Yang berputus asa untuk terus berdoa.....

    BalasPadam
  3. salam..

    inilah yang berlaku di M'sia sekarang ni agaknya..Negara Islam yg mengamalkan sistem yahudi..apo layi nak dikato

    BalasPadam
  4. Cik Cookie harap dapat sinar untuk esok.

    BalasPadam
  5. salam singgah.. Islam adalah mudah dan suci.. tapi sekarang mereka jadikan sbg gurauan dan lari dari landasan.. semoga kita sentiasa dalam lindunganNya

    BalasPadam
  6. rasuah...
    harap2 tak terjebak,
    rasuah bukan pada jumlah ringgit sahaja...
    kalau bagi rm1 dengan niat menutup mulut pun masih dikira rasuah...

    BalasPadam