Pengikut

Ahad, 2 Ogos 2009

Polis.... dari alam fantasi kealam realiti......





Setakat menjalani latihan mencegah rusuhan yang dijalani oleh para anggota polis aku rasa tidak
mencukupi bagi mereka menimba ilmu sebenar.


............menjalani latihan sesama mereka lagilah tak penuh ilmu didada.


............seperti juga orang yang bersilat......berlatih sesama sendiri dah tahu buah apa nak dibuat masing-masing pandailah bersedia.


...........jadi semalam1 ogos adalah latihan sebenar bagi anggota dan para pegawai pencegah rusuhan PDRM.Pelbagai ilmu dapat diperturunkan. Pelbagai strategi dirangka bagi menghalang para pendemo berarak. Kering otak diperah....berkartun rokok dihisap......mencari idea.Peluru tak sia-sia ditabur.

...........apa pun aku rasa pihak atasan PDRM perlu mengucapkan ribuan terima kasih pada para pendemo semalam diatas kesediaan mereka menjadi bahan latihan sebenar buat PDRM. Tak salah pun kalau ucapan tersebut diberikan. Yang sudah-sudahlah.......yang ditangkap pun dah ramai..........

8 ulasan:

  1. betul tu... kiranya win-win situation lah ni

    BalasPadam
  2. Salam.

    Kata generasi PPSMI, "practise makes perfect"... Mungkin ada baiknya latihan sebegini diadakan selalu, paling tidak sebulan sekali. Bolehlah kita berbangga dengan keupayaan anggota keselamatan kita dan bolehlah mereka ini dipinjamkan juga ke negara lain yang sedang haru-biru sebagai 'misi pengaman dan penyelamat'.

    BalasPadam
  3. knape hampir semua muka Melayu?Yang bukan Melayu pi mana?Bukan dah janji sama2 ke?Tak best la mungkir janji mcm nie...ko brader join tak?Ako demo dlm blog jer...hehehehehe x pedih mata lah plak...

    BalasPadam
  4. best juga dtg demo 1 ogos tu..tak sia2 mak bapak aku bayar cukai utk pakai bayar gaji polis dan belikan diorg gas pemedih mata tu sbb aku dah rasa camana nikmat gas tu..terima kasih encik polis....

    kepada yg kata melayu je yg berdemo tu..anda telah silap. hampir semua bangsa kt malaysi ni turun berdemo..bahkan dr sabah pun ada sebagai buktinya aku dan empat kawan aku yg masing2 berlainan bangsa pun ada turun sekali. aku ada nampak dgn mata aku sendiri seorg lelaki cina memberikan "garam" utk seorang gadis bertedung yg terkena gas pemedih mata..ini buktinya semua lapisan bangsa menentang akta zalim ini

    BalasPadam
  5. Marni : bagus cadangan tu naik lagi nama malaysia dimata dunia.

    antus : E-one dah jawab tu.Apa pun syabaslah pada peserta demo tu . Akta tu dah berusia 49 tahun dah.....banyak sangat sejarah hitamnya.

    BalasPadam
  6. Kalau selalu buat demo...sampai bila pun ISA tak kan dimansuhkan....cuba tak buat kacau, hidup aman-aman...tak ada siapa nak disumbat dalam ISA..

    BalasPadam
  7. Jom buat duit : .... soalnya sekarang adakah yang disumbat dalam ISA tu dah disabitkan kesalahan? Hukum dan peraturan kang ada yang jahat atau yang bersalah mestilah diadili. Pembunuh,perogol,ahlong, semua mereka diadili tetapi yg ISA ni sampai dah 8 tahun pun ada...tak pernah dibicarakan. Ini zaman moden .... tuduh mesti dibuktikan.Kesian anak isteri mereka...cuba JOm buat duit baca rintihan mereka yg pernah di ISA kan dalam laman saya.

    BalasPadam