Pengikut

Selasa, 11 Ogos 2009

Catatan pagi..............

Manusia hari ini sedang mengalami krisis nilai. Berdepan dengan masalah harga diri kerana sebahagian besar manusia diatas mukabumi ini menganut ajaran-ajaran yang bertuhankan kepada benda, dimana benda menjadi berhala baru yang disembah manusia.

Kalau zaman jahiliyyah sembahan-sembahan bernama allatta dan aluzza.....yang jelasnya patung tetapi sembahan manusia dalam dunia moden lebih dasyat dari itu.

Hari ini manusia berkiblat dan bertuhankan kepada benda,wang ringgit, kesenangan, kemewahan sehingga meninggalkan hukum halal dan haram. Hukum suruhan dan larangan Allah dipermainkan walaupun masih mengaku diri sebagai pengikut agama Allah.

Barangkali kedatangan pelbagai penyakit, masalah sosial yang meruncing memerlukan kita manusia untuk kembali dan tunduk kepada arahan penciptanya. Kita wajib bersedia menurut perintah illahi sepenuhnya bukan sekadar berkata saya yang menurut perintah.

Adakah kini telah berlaku apa yang disebut oleh Rasulullah saw dalam satu hadisnya bermaksud:

"Bersegeralah mengerjakan amal-amal Islam (yang menyelamatkan kamu) sebelum datang kepada kamu suatu bencana seperti berada dimalam yang gelap gelita. Seorang diwaktu pagi mengaku beriman, diwaktu petang menjadi kafir. Diwaktu petang mengaku beriman , diwaktu pagi mengaku kafir.Puncanya ialah kerana mereka menjual agama dengan harta dunia yang terlalu murah".

Selamat datang Ramadhan bulan yang penuh keberkatan.

4 ulasan:

  1. Salam Abu Muaz,

    Setuju sangat dengan pendapat di atas..zaman sekarang semuanya memandang kepada kebendaan, orang kaya disanjung dan dijulang, orang miskin dipandang hina, pandangan ulama dicaci..kekayaan tidak diagihkan dengan seadilnya sebaliknya yg kaya bertambah kaya dan yang miskin semakin bertambah miskin...muda mudi juga telah hilang moralnya..

    Semoga kita dijauhkan dari bala Allah..

    BalasPadam
  2. Setiap yang diharamkan oleh ALLAH sure ada sebabnya...... kalaulah semua kita ni patuh kepada hukum ALLAH sure banyak musibah yang melanda kita hari ini tiada.

    BalasPadam
  3. kadang2 kita mendahulukan perkara yang tak penting dari mengerjakan segera suruhan Allah...contoh menonton tv dan melewatkan solat... itu dikira penyembahan juga tu

    BalasPadam
  4. salam.. dulu saya jahil, saya mengaku.. tetapi dipertengahan hidup saya mula tersedar tapi rasa sukar nak berpatah balik kerana tak tahu jalan pulang, dah sesat tapi jauh dalam hati saya berdoa agar saya dapat lari dari kemelut yg sy cari sendiri.. sesungguhnya Allah telah membawa saya keluar dari perkara yg membelenggu saya kerana hanya Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya, kerana itu sy amat brsyukur kerana ini adalah hikmah buat sy bagi persediaan sebelum Allah mgambil nyawa ini, entah bila tapi selagi bernafas saya tidak mahu membuang masa menebus kembali apa yang tertinggal dan hilang dalam iman.. Insyaallah

    BalasPadam