Pengikut

Sabtu, 1 Ogos 2009

Ratusan rakyat sudah ditangkap....

FRU Bentuk Benteng Tahan Orang-Ramai



GMI Arah Aktivis ISA Ke Sogo


Gerakan Mansuhkan ISA mengeluarkan arahan supaya semua aktivis anti-ISA bergerak ke Sogo.

Melihat kebanjiran orang-ramai menuju Himpunan Mansuhkan ISA, kerajaan mengarahkan Unit Simpanan Persekutuan membentuk halangan merintangi laluan utama Sogo menuju Dataran Merdeka.

Sementara itu, 9 orang ditahan termasuk dua pengunjung kedai makan. Kedai-kedai berhampiran Sogo telah ditutup. Helikopter polis kelihatan berlegar-legar di ruang udara.

Ahli Parlimen Ampang Zuraidah Kamaruddin tiba di Sogo, manakala Ahli Parlimen Kelana Jaya Loh Gwo Burne dan Ahli Parlimen Kapar S Manickavasagam tiba di Masjid Jamek.

Aktivis GMI Norlaila Othman, yang juga isteri kepada tahanan ISA, Mat Sah, telah ditahan polis.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan