Waktu aku makan nasi lepas jumaat tadi seekor lalat hinggap digelas air ku.
Aku tengok lalat tu dan aku rasa tak bimbang lagi padanya...... lalat dah tak bahaya lagi kini....
Orang duk kecoh pasal kuman babi kini...... H satu N satu. Kematian dah makin meningkat. Lalat, nyamuk, tikus dah tak bahaya lagi.
Kuman babi ni pula cerdik dari kuman bawaan lalat, tikus dan nyamuk.Kuman babi ni menyerang IPT. Kolej jururawat pun diserang. Lebih hebat lagi universiti pertahanan kat sungai besi pun tewas. Sungai saja namanya besi....tak kuat manapun .Tiada ketahanan diri.Tu belum perang lagi.
Tapi aku sebenarnya nak tulis tentang lalat. Lalat ni kejadiannya hebat. Allah jadikannya kecil je. Kalau tiada lalat orang kena bunuh dihumban jauh kehutan pasti tak akan ditemui lagi. Tapi lalat sejauhmana pun ada bangkai ia tetap ada. Ia lebih cepat dari polis. Lebih laju dari ambulan.Tak payah call pun JPAM/
Allah jadikan ia kecil. Terbang merata. Bayangkan kalau lalat ni bersaiz sebesar lembu macam mana ia? Dengan mukanya yg menakutkan , terbang pula tu, sekali langgar orang dengan sayapnya .......tunggang langgang dunia ni.
Tapi Allah maha adil dan penciptaannya pula maha hebat. Mengapa kita manusia tidak mahu berfikir tentangnya dan mengikut ajarannya tanpa banyak soal. Kalau dah dikata arak, judi tu perkara yg memudaratkan ikut sajala........kalau nak selamat dunia dan akhirat.
Maha Suci Allah,
BalasPadamcetusan dan ilham yang sangat baik...
Moga ALLAH menambah ilham dan rahmat ke atas saudara....
e-jan : terima kasih atas doa tersebut.Amin
BalasPadamSalam saudara..betul sangat kata saudara..org takut pada setiap virus virus terkini..sedangkan makhluk parasit yg membawa segala jenis panyakit seolah tak dihiraukan lagi..sedang sana sini sibuk mengenakan topeng muka ..nampak mcm penyamun masing2..he he..
BalasPadam