Pengikut

Khamis, 27 Ogos 2009

Zalimke undang-undang illahi...... adilkah undang-undang manusia

Hukum Islam untuk mendidik bukan menyeksa



hukuman yang dicipta akal manusia







http://ustazahlama.blogspot.com

Dalam kunjungan penulis bersama-sama rombongan Persatuan Ulama Malaysia ke Banda Acheh pada akhir Jun yang lalu, kali dimaklumkan hukuman sebat keatas bagi kesalahan mabuk, berjudi, khalwat dan ajaran sesat telah lama dilaksanajan di sana. Ia adalah dibawah kesalahan ta'zir dalam Undang-undang Jenatah Islam.
Cara sebat dalam Islam ni lebih baik dari sebat cara hukuman sivil. Atau dgn kata lain. sebat dalam Islam lebih berperikemanusiaan dari cara hukuman sivil.

Sebat cara Islam Tidak melukakan -Tg.Haji Hadi

Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing.

Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

Apabila asasnya adalah nas, maka ia adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya – kerana ia berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya.

Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ia memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan.

Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam.

Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.

Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.

Haramnya arak adalah tidak mengira tempat – sama ada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya – adalah seumpama menghadapi nyamuk Aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!

Artikel ini diterbitkan sepenuhnya daripada kenyataan media Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

8 ulasan:

  1. Bagus pendedahan ini..... sekarang barulah chekdee faham cara sebatan yang sebenarnyer..... so... hukuman sebat dimalaysia ini ....kena ubahlah mengikut cara yang betui..... susah gak bila orang diatas tak pandai ilmu islam.

    BalasPadam
  2. susah nak ckp krn ilmu agama Cik Cookie sekadar utk diri sendiri.setiap undang2 Allah S.W.T tu ada sebabnya yg kita tidak bolh pertikaikan.

    BalasPadam
  3. Kita dah kehilangan rotan..rotan manau terlalu tinggi nilainya..tu pasal jawatan jurusebat pun tak ada..he he

    BalasPadam
  4. salam.. sy ada kwn yg keje dari penjara kajang yg selalu cite ttg hukuman gantung dan sebat, pada pesalah macam pengedar dadah, walau dah kena sebat 4 kali tapi masih nak lagi buat keje haram tu mereka tak tahu serik

    BalasPadam
  5. yang zalim tu manusia krn tak habis2 nak mempertikaikan hukum Allah sdgkan dunia ni tpt sementara utk kita menginap jer..akhirat juga yang kekal abadi..

    BalasPadam
  6. hukuman dalam Islam lebih banyak mendidik....

    BalasPadam
  7. mengapalah isu hukuman sebegini di besar-besarkan.

    BalasPadam
  8. cekdeenoor :sila layari http://episodeperjuangan.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut mengenai arak.

    maiyah: hukuman keras sekali pun tak ikut peraturan illahi tak jadi apa pun kerana hukum jasad saja tiada roh.

    relevan: rotan banyak lagi kat banjarantitiwangsa perintah je ada la org pergi cari tuu.

    cik cookie: benorlah demo kato tu

    zai & hai: betul, betul, betul

    endiem: ada hikmat tersembunyi....

    BalasPadam