Bulan Ramadhan tinggal tak berapa hari lagi. Sekejap je ya setahun ke setahun. Maknanya umur kita pun makin meningkat. Meningkat maknanya tahun lepas 40 maka tahun ni confirm 41 la.Jangan nak mengada-gada pula beritahu orang umur baru 28.
Dengan ketibaan Ramadhan almubarak, kita sebenarnya menjadi tetamu Allah swt. Jadi apa nak ditakutkan..... tetamu maknanya kita dihidangkan oleh Allah dengan makanan-makanan rohani dan jasmani.
Bulan puasa ni adalah bulan mendidik dan mengajar kita untuk membangunkan diri kita sebagai manusia yang sebenar. Jangan asyik fikir tentang pembangunan sahaja hingga lupa nak bangunkan diri sendiri.
Kita adalah manusia bukan malaikat. Kita juga bukan manusia binatang dan bukan manusia kayu dan batu tetapi manusia yang mempunyai sifat-sifat kemanusiaan yang telah ditetapkan oleh Allah swt..
Dengan makanan jasad dan roh ia akan menjadikan kita benar-benar sebagai hambanya yang dapat menunaikan segala arahan dan perintahnya .
Ramadhan sebenarnya mengajar kita menjadi manusia tulin dan membangunkan diri menjadi manusia yang berharga, manusia yang mempunyai harga diri disisi Allah swt. Tuhan yang mencipta dan menjadikan alam ini.
Allah telah tentukan bahawa harga diri manusia bukan dengan wang ringgit,bukan dengan pangkat kebesaran,bukan dengan warna kulit dan bukan dengan bangsa keturunan.
Semua ukuran tadi hanya layak untuk binatang,kayu ,batu dan bahan galian serta benda-benda lain.Ukuran harga diri manusia disisi Allah ialah sebagaimana yang telah diputuskan dalam kitab sucinya yang bermaksud :
Wahai manusia, sesungguhnya kami telah menjadikan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu berkenal kenalan antara satu sama lain . Sesungguhnya yang paling mulia dikalangan kamu disisi Allah ialah yang paling bertaqwa kepadanya(Allah) - alhujurat ayat 13.
Setiap tahun kita di perbaharui semula dengan iltizam, tekad, peningkatan amal dan iman. Mudah-mudahan kita menikmati sekali lagi aura Ramadhan.
BalasPadamsesekali terfikir juga..mungkinkah ini ramadahan aku yang terakhir???
BalasPadamPok li : insyaAllah...
BalasPadamhai : saya pun begitu, kerana tiap kali datang Ramadhan ada saja kawan rapat yang pergi meninggalkan kita.
Slmt menyambut kedatangan Ramadan en Abu Muaz..
BalasPadam