Pengikut

Rabu, 30 Disember 2009

Hutang vs Sedeqah....

Pada malam Isra' dan Mi'raj ketika Rasulullah s.a.w dibawa melawat ke syurga, baginda melihat ditulis pada pintu syurga bahawa "ORANG YANG MEMBERI HUTANG LEBIH BESAR PAHALANYA DARIPADA ORANG YANG MEMBERI SEDEQAH".

Lalu baginda bertanya kepada Jibrail . Tidakkah orang yang memberi sedeqah itu tidak akan mendapat kembali hartanya, sedangkan memberi hutang akan memperolehi semula hartanya?
Kenapakah orang yang memberi hutang lebih tinggi pahalanya?

Jibrail menjawab kerana orang yang berhutang adalah mereka yang terdesak dalam kehidupannya. Adapun orang yang menerima sedeqah tidak semestinya seorang yang susah dan memberi sedeqah adalah lebih mudah daripada memberi hutang.

Inilah perasaan yang menekan dalam diri seorang yang memberi hutang. Memberi hutang adalah suatu muamalat yang digalakkan oleh Allah di dalam Islam dengan syarat orang yang memberi hutang itu bertimbangrasa, kasihan untuk menolong dan orang yang berhutang ikhlas untuk membayar balik hutang yang diambil.

19 ulasan:

  1. Salam, Syekh
    Orang yang meminta hutang lazimnya hanya memilih orang yang diyakini dapat memberinya hutang dan lazimnya orang yang berhutang ini terpaksa menebalkan mukanya untuk meminta bantuan itu. Jika orang tempatnya meminta hutang tidak membantunya, berkemungkinan dia tidak beroleh apa-apa yang dihajatinya dan dengan itu bertambah terdesaklah hidupnya. Sebaliknya, orang yang meminta sedekah, jika kita memberinya, kebarangkalian untuk mereka mendapat sedekah daripada orang lain sangat tinggi!

    Bagus, Syekh. Hal ini perlu diperingatkan!

    BalasPadam
  2. saya telah ambil perhatian, walaupun banyak hutang orang kat saya yang masih belum berbayar. nak halalkan, belum masanya. masih lagi berharap agar mereka lembut hati untuk membayar semula.

    BalasPadam
  3. Salam Abu Muaz,

    Pernah dengar dalam satu ceramah, pada zaman keagungan Islam dulu, tak ingat dah siapa nama, dia ni mencari orang yang berhutang dengannya bukan bertujuan nak kutip hutang tetapi nak menghalalkan hutangnya..

    BalasPadam
  4. Salam Sheikh. Hutang dituntut oleh Allah mencatatnya dengan mengemukakan saksi (termaktub dalam al-Quran), tetapi sedekah tidak perlu bercatat. Baca surah al-Baqarah ayat 282 yang menceritakan panjang lebar tentang hutang. Wallahualam.

    BalasPadam
  5. Dunia hari ini, masa nak minta berhutang gigi lagi lembut dari lidah TAPI bila nak bayar balik hutang jadi musuh sepanjang zaman. Itulah yang kena pada diri saya. Lama-lama bila fikir balik halalkan je lah. Kalo ada yang rase nak bayar, bayarlah. Kalo taknak, suka hatilah. Kat sana nnt korang jawablah bila ditanyer olehNYA....

    BalasPadam
  6. salam
    terima kasih berkongsi info ni,
    hmmmmmmmmmm
    saya banyak juga pinjamkan pada saudara2 sendiri
    tapi ada yg bayar dan ada yg tdak langsung,
    saya dah halalkan mana2 yg tak,
    kerana status saudara?

    tapi,
    kalau dari kalangan kwn2?
    belum kuat lagi utk memaafkan..
    mungkin, suatu hari nanti
    kerana mungkin,
    mereka2 antara yg terdesak
    spt saya juga pernah terdesak..

    tq

    BalasPadam
  7. ada orang gali lubang tutup lubang... camana pulak kes bank yang memberi hutang ye barangkali mereka tak termasuk kalangan ni kerana mengenakan riba tapi bank berasaskan 'islam' mengenakan caj perkhidmatan la plak

    BalasPadam
  8. Aduhai.. masih banyak hutang yang belum kulunaskan pembayarannya. Apatah lagi hutangku dengan Dia.. :(

    BalasPadam
  9. Hutang...
    mmg masalah..
    teman pun ada hutang..
    hhmmm...

    BalasPadam
  10. salam...tuan,

    satu perkongsian ilmu yg sangat baik...tq atas entri ini....moga tuan dan keluarga dirahmati Allah swt selalu..amin

    BalasPadam
  11. setakat rm50 tu berani la bagi utang....lebih2 nanti takut jenis yg liat nak bayo...

    BalasPadam
  12. tp tenen gak kalo kita nk pakai nk mntak jd malu.. melapangkan org yg dlm kesusahan dpt pahala yg luas

    BalasPadam
  13. Berhutang memang sedap..nak membayar mengidap..

    BalasPadam
  14. kadang2 kal0 0rg utang kita..cm segan nak mintak melainkan menghalalkan je la

    BalasPadam
  15. sesungguhnya sedekah itu lrbih baik dari segalanya....

    BalasPadam
  16. bagi hutang senang tapi bila nak pungut hutang ssh.ssh bukan apa tapi diorg ssh nak bayar.aduyaiiii...

    BalasPadam
  17. wang ehsang kira sedekah gak..?

    BalasPadam
  18. salam..

    pening kepala..hutang ptptn tak habis bayar lagi...huhuhu

    BalasPadam
  19. salam..

    syukran ats perkongsian ini..barakallahu fik..

    salam tahun baru buat ayahanda abu muaz..moga bertambah kebahagiaan seiring dengan keberkatan-Nya :)

    BalasPadam