Pengikut

Selasa, 1 Disember 2009

niiii yang menyebabkan suami naik darah....


Isteri hanya pandai memikirkan perasaan mereka sahaja.Perasaan suami dipandang sepi. Maka lama kelamaan akan haru birulah rumahtangga tersebut.

Hari ini aku nak mengajak semua melihat perkara yang menaikkan darah sang suami.

Kalau betul tak payahlah bunyikan hon cuma angkat ibu jari sudah cukup.Italic

1. Kereta. ...... isteri hanya tahu memandu saja langsung tidak ambil tahu mengenai hal ehwalnya. Minyak brek kurangke, air bateri dah kering atau apa-apa saja mengenai kereta.... langsung tak dipedulikan. Pam tayar...... !!!!!!!!!.

2. Isteri merungut tiada baju nak dipakai sedangkan penuh satu almari pakaiannya. Suami nak cepat sedangkan isteri masih mencuba bajunya satu persatu.

3. Ketika isteri mula membebel barangan suami seperti joran kail, kasut bola,jaring ikan dilonggokkan dalam rumah...... menyemakkan.

4. Bila suami bertanya barang kesayangannya, siisteri memberitahu dia telah berikan pada saudaranya.
Italic
5.Isteri bawa pulang kawan-kawanya yang tidak disukai oleh suaminya serta berbual mengata orang lain . (mengumpatlah tuuu...)

6. Suami baru pulang dari kerja..... isteri sudah membebel mengatakan suaminya tidak membantu sedikit pun dirumah.

7. Bila suami mengajak memadu kasih isteri menolak pelawaan tersebut.

Sekianlah dulu ....... kalau ada lagi tambahan sila kemukakannya untuk disiarkan.


15 ulasan:

  1. hehehe..saya mengaku yg no 1 tu saya.....kita dah jaga anak2,jaga rumah,jaga makan minum keluarga takkan le kete pon kita nak kena servis...tu dah kira cam pakej atas kita je..tak kuasa akak!!

    BalasPadam
  2. Abu Muaz...kereta saya, saya jaga sendiri..cuma time nak service aje, suami tolong bawa..hehehe.. Perkara yang lain2 tu..alhamdulillah saya tak buat..

    BalasPadam
  3. Salam Abu Muaz. Semua yang tersenarai memang tepat mengenai diri saya dan isteri. Yang paling menarik ialah yang terakhir tu. Ha..ha.. banyak kali dah perkara ini berlaku. Tapi sipi-sipi je. Harapan tinggal harapan. Isteri tak benarkan, so,kena kiv. Entri kali paling hebat! Mesti isteri-isteri panas hati...

    BalasPadam
  4. setiap org tak perfect..suami dan isteri perlulah saling bertolak ansur dan saling memahami.

    BalasPadam
  5. nak kene give n take le hehe

    BalasPadam
  6. salam ziarah.. slmt menyambut ibadat korban..
    adeiii heh heh laki2 ni kena mikir byk mnda.. betul tu

    BalasPadam
  7. amboiii...mare nampak...dah namanya pompuan,,,,takan nak jadi macam lelaki pulak...saya pun tahu bawa je kereta...yang lain2 tu alhamdulillah ada kut pernah buat tapi jarang2....anyway..tahniah dapat baby baru yang comel tentu riuh rumah...fullamak 9 orang...tak dapat nak bayangkan meriahnya...so pandai2lah ringankan beban isteri tu ye...

    BalasPadam
  8. Salam bro Muaz....

    semua betul tu...

    BalasPadam
  9. Hee..
    teman nak kata juga tapi rasa kesian la pulak..
    anyway..lagu tu lah hidup berumahtangga ni..kena bertolak ansur..saling memahami antara satu sama lain..
    Contoh..
    Bila isteri mengomel..cuba kita diam dan renungkan ..disitulah ART nya asam garam kehidupan bekerluarga..

    BalasPadam
  10. Hah!..isteriku selalu picit picitkan betis ku ini..

    BalasPadam
  11. salam abu muaz:
    banyak nyer komplain..

    BalasPadam
  12. Salam,
    alahai, sikit-sikit tu janganla suami naik darah...
    darah tinggi nanti parah...
    sama-samala tolak ansur, buat yang mana patut, tukar2 bidangtugas barula manis r/tangga...

    BalasPadam
  13. Nnt akan menyusul abah kalau Cik Cookie ada nak tambah.

    BalasPadam
  14. salam abu muaz,
    ada yg kena, ada yg tak kena ngan entry ni pd diri saya. Yg paling kena yg no 1 tu, tapi saya paling rajin bersihkan kereta wlupun lepas tu jenuh kena leter ngan suami sebab dia cari barang2 tak jumpa... tapi bab2 nak pbaik kete mmg saya tak pandai, mcm belum ada keperluan nak blajar sebab dia ada.. klu dia tak buat, dia nak buat apa plak.. :)

    yg fakta lain2 ni kdg2 terbuat juga... terlajak, biasalah manusia tak sempurna... kalau kita boleh terima diri dia seadanya, takkan dia tak blh terima kita juga seadanya, yer tak?

    BalasPadam