Pengikut

Khamis, 25 November 2010

tahniah.....


semua ibubapa mengharapkan kalau boleh anak-anak mereka menjadi doktor,peguam,jurutera... ustaz jarang-jarang.

semua inginkan anak mereka mencapai 9A, 10A ..... inilah yang sedang bermain difikiran ratusan ribu mak bapak yang anak mereka sedang berjuang di bilik-bilik peperiksaan sekarang.


inilah dunia hari ini.
kalau anak berjaya dalam akademik sudah pasti satu kampung dan taman akan dicanang..
kerap pula majlis kesyukuran dibuat...

jamuan nasi minyak ...... bila keputusan SPM keluar .... raya sakangla para jiran tetangga.
bila dapat masuk U buat kenduri dan doa selamat pula... makan lagi.

tapi kalau result anak kurang baik .... cepat - cepat turun dari tangga surau...

sampai anak-anak yang dapat 4A 1B dalam upsr yang lalu masih dianggap satu kegagalan... keterlaluan (coretan MARNI) ... memang keterlaluan mak bapak ni.

kalau ibu bapa pun takut untuk gagal bagaimana pula kita hendak mendidik anak cucu kita supaya tidak menuding jari pada orang lain setiap kali mereka berdepan dengan kegagalan.

semalam aku menghadiri majlis konvokesyen Institut Latihan Perindustrian ... di bawah Kementerian Sumber Manusia.

kebetulan pula diadakan di Taman Tamadun Islam , Kuala Terengganu. ramai sekali graduannya kerana diadakan secara berpusat .... seluruh graduan berkumpul di Terengganu... lapan ribu lebih... gembira sungguh para peniaga di pasar payang dan kerepok lekor.

pelajar yang dinobat sebagai pelajar terbaik ialah seorang bekas pelajar dari IPTA.
beliau gagal ketika di sana.... dan terbukti cemerlang bila di sini (ILP).

inilah realiti kehidupan...
buat para ibubapa sesungguhnya semua anak yang dilahirkan itu ada keistimewaan mereka tersendiri.

kalau mereka kurang cemerlang dalam akademik mereka pasti gemilang dan terbilang dijurusan kemahiran...

anak orang doktor perubatan,
anak aku doktor kenderaan.




dewan konvokesyen yang tersergam indah,
bersebelahan masjid kristal yang gah itu.






dipentas utama.... tahniah.




anak keempatku dengan bondanya ....
pemotivasi utama .. kalah dr. fadhilah kamsah




suasana luar dewan....

depan pintu utama dewan konvo....

16 ulasan:

  1. tahinah abu muaz...
    kejayaan anak2 adalah berkat dan redha dr ibu bapa..

    BalasPadam
  2. SALAM,
    SETUJU, KEJAYAAN BUKAN DALAM BIDANG AKADEMIK SAHAJA. ADA INSAN MENJADI ORANG YANG BERJAYA WALAUPUN KELAYAKAN AKADEMIKNYA TAK SETINGGI MANA. KITA, SEBAGAI IBU BAPA, HANYA MEMBIMBING SAHAJA DALAM BIDANG YANG ANAK2 ADA MINAT DAN KEBOLEHAN

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum...

    tahniah di atas kejayaan anak akhi...

    anak ummi pun sekarang tengah berjuang di dewan peperiksaan juga...SPM

    tapi kalau boleh ummi nk ler anak ummi jadi seorang......(yg ditulis jarang-jarang tu)
    cuma doa dan impian seorang ibu ...

    BalasPadam
  4. Salam Abu Muaz

    Tahniah atas kejayaan anak Abu Muaz... sungguh setiap orang dikurniakan pekerjaan yang berbeza-beza.. dan pelbagai ragam juga usahanya.. nilai yang baik ialah ketakwaan kepadaNya...

    BalasPadam
  5. salam...tuan,

    pernah berlaku di sekolah saya...pelajar ini bijak mendapat 5A, pelajar ini ingin sambung belajar di sekolah agama..tapi ayahnya berkeras mahu hantar anaknya ke sekolah berasrama penuh...katanya sekolah agama tidak ada pontensi untuk jadi doktor, jurutera...ish...

    BalasPadam
  6. Tahniah kepada tuan sekeluarga! Semoga keberkatan ilmu yang diperoleh membawa bersama rahmat daripada-Nya. Semoga anak tuan menjadi anak yang soleh, beriman, beramal dan bertaqwa. Amin...

    BalasPadam
  7. salam.tahniah tok pak cik sekeluarga....seronok tengok kejayaan org...;-)

    BalasPadam
  8. salam....
    tahniah atas kejayaan anak....sememangnya harapan ibu bapa untuk melihat anaknya berjaya...x kira dlm apa bidang sekalipun.....

    BalasPadam
  9. wanie> benar wanie, semua ibubapa begitulah sifatnya.

    BalasPadam
  10. HonEyBuNNy :t.kasih kerana tidak bosan ziarah teratak buruk pakcik ni.

    BalasPadam
  11. Marniyati Mohd. Nor :insyaAllah puan.

    BalasPadam
  12. sekamar rindu:pemikiran lama tu cikgu.

    BalasPadam
  13. Ummi Humaira :insyaAllah moga harapan ummi dimakbulkan.

    BalasPadam
  14. luahfikiran : ya tuan, dorongan dari ibubapa amat penting

    BalasPadam