Pengikut

Isnin, 17 Ogos 2009

Tok Guru hadiah banglow sutir.




Kerajaan kelantan sebuah kerajaan yang miskin. Ramai rakyatnya berhijrah mencari rezeki merata tempat dibumi malaysia ini. Pelbagai gambaran dilontar pada negeri kelantan.

Mundur , termiskin , rakyatnya menolak pembangunan.... ntah apa-apa lagi yang banyak terpampang didada akhbar.

Hari ini kerajaan kelantan menghadiahkan sebuah banglow berharga kalau tak silap bacaan aku tadi bernilai SERATUS TIGA PULUH RIBU ringgit.

Untuk siapa hadiah tersebut tu ya......... untuk pelajar cemerlang SPM adik Madihah.

Ni aku letak gambar banglow barunya. Syabas Tok Guru kerana menunaikan janji. Dan memang aku percaya tok guru confirm akan tunaikan janjinya. dan adik madihah pun memang selayaknya untuk menerima anugerah tersebut.

Tahniah juga pada anak syarikat PKINK kerana berjaya menunaikan tanggungjawab sosialnya itu disamping beberapa syarikat lain yang turut menyumbang.

12 ulasan:

  1. salamm akak dara itteww..

    BalasPadam
  2. sepatutnya memang begitu...manusia pegang pada janji!!Tahniah pada Tok Guru yang menunaikan janjinya...dan tahniah pada keluarga Nik Madihah..semoga mereka yang terlibat sentiasa diberkati Allah selalu !!

    BalasPadam
  3. Salam Abu Muaz..

    Itulah bukti dan kebesaran Allah buat hamba2nya yang taat..adik Madihah adalah contoh terbaik buat semua remaja kerana pendidikan akademik dan agama yg seiring dan cemerlang..

    Rasa2nya sukar nak mencari anak2 yg beristiqomah spt beliau yang sanggup selalu bangun ditengah malam utk bersembahyang sunat hajat dan solat tahajjud, rajin membaca ayat2 suci alquran dan juga berpuasa sunat...

    Keindahan akhlak beliau mmg sewajarnya menjadi contoh dan mendapat ganjaran dari manusia yg berakal dan Allah sendiri meredhainya dengan memberi keputusan yg cemerlang dan kehidupan yg lebih baik selepas itu..sesungguhnya janji Allah sangatlah benar buat hamba2nya yg beriman....Subhanallah...

    BalasPadam
  4. Hmm... kekadang terfikir gak...sure tention kan jadi orang politik ni....asyik gaduh jer.... kita yang dengar dan baca pun...kekadang pening.......

    BalasPadam
  5. jadi pendorong untuk orang lain juga berusaha mencari jalan menuju kejayaan..

    janji pemimpin?rakyat pastinya mengharapkan janji yang dikotakan.buat buruk sikit pun orang nampak,buat baik bertimpa2 pun, orang buat tak tahu, yang penting, diri kita tahu, Allah juga pastinya lebih tahu..

    BalasPadam
  6. Cik Cookie org negeri Tok Guru.fahaman politik mgkin xsama tapi hormati dia sbgi guru agama.

    BalasPadam
  7. Salam dan terima kasih semua kerana sudi berkongsi pandangan. Apa pun kita sudah ada sebutir bintang yang akan mendalami dalam ilmu fizik islam yang insyaAllah akan menghasilkan sesuatu nanti buat pembangunan ummah islam. Syabas dan selamat berjuang Madihah.

    BalasPadam
  8. salam..

    tahniah kepada tok guru..

    p/s: best baca ulasan tuan di blog saya..:))

    BalasPadam
  9. salam.. adik madihah tu nampak tenang.. sejuk perut ibu mengandungkannya.. bersusah2 dulu.. brsenang2 kemudian

    BalasPadam
  10. Anak laut : terima ksih. Mungkin masa kecil mak madihah terlebih peluk kut yg jadi anaknya secerdik ini....

    maiyah : raut wajahnya mengambarkan kesulitan hidup yg dialaminya.Apa pun waktu untuk berubah sudah pun tiba.

    BalasPadam