Pengikut

Jumaat, 29 Januari 2010

nama yang mak bapak beri tak main..................

Nama Sebenar Artis Malaysia

January 21, 2010 oleh Gadis Lonely?

Sebelum ini kita banyak didedahkan dengan nama samaran artis sahaja di dalam media sehingga kita tidak tahu apa nama sebenar mereka. Contohnya seperti pengarah drama terkemuka, Erma Fatima. Tidak ramai yang mengetahui apa nama sebenar untuk Erma Fatima. Nama sebenarnya Erma Fatima adalah Sayang Nor Fatimah Rahmat.

Selebriti selalunya semasa ingin melangkah ke dalam dunia glamor, akan mula mencari nama baru mereka dengan satu niat iaitu, nama yang lebih komersil dari nama asal atau lebih unik dari yang biasanya. Tapi ramai juga artis yang berbangga dengan nama yang diberikan ibu-bapa mereka. Contohnya macam Datuk Siti Nurhaliza.

Aida Rahim – Khalidah Adibah Ahmad
Awie – Ahmad Azhar Othman
Amy – Suhaimi Abdul Rahman
Amelina – Norazlina Amir
Abot – Norimah Muhammad
Ajai – Mohd Faizal Maas
Alfira – Zarinah Ahmad
Ameng – Wan Aminuddin
Adilla Idris – Fadzilah Rahman Idris
Anna – Zanariah Ishak
Accapan – Samynathan
Ah Chong – Mohd Fauzi Manat
Arash Mohamad – Azman Shah Ramlee
A Galak – Zakaria Musa
Awang BPR – Norzaini Mohamad
Azida NS – Ainol Jamal
Aris Ariwatan – Haris Fadzillah Daud
Baby Arin – Lily Zarina
Cico – Eezaq Farrouq Harahap
Connie – Norlida Ahmad
D J Dave – Irwan Shah
Didie Alias – Fadzila Ali
Eisya – Khairul Bariah
Erma Fatima – Sayang Nor Fatimah Rahmat
Ella – Nor Zila Aminuddin
Eman Manan – Abdul Manan Embong
Farra – Farihah Arshad
Gee – Haizatul Rodzie
Gee – Fauziah Latif
Hattan – Mohd Syukri Sharuddin
Imuda – Abdul Rahim Muda
Ilyka – Zuraila Mohd Yassin
Jojie – Rozita Aminuddin
Jay Jay – Mohd Fauzi Darus
Joe Wings – Abdul Zamin Kadir
Jojet – Rodzane Mohamed
Korie – Azahari Aminuddin
Loloq – Rosli Khamis
LY – Rozman Shafie
Lydiawati – Salina Zaimon
Mamat Exist – Mohd Ali Kamarudin
Man Keedal – Rahman Mahmud
Man Bai – Abdul Rahman Osman
Nanu – Sarabanu Baharudin
Nurbisa – Rosli Khamis
N D Lala – Amir Hamzah
Nash – Nasaruddin Alias
Noryn – Norazmahwati Aziz
Os – Yusof Hamid
Ogy – Fauziah Ahmad Daud
Rohana Jalil – Dara Abdul Jalil
Rina Khan – Sharifah Bibi Sarina
Razis Ismail – Mohd Ghazali
Rem – Ramzani
Sheila Majid – Shahila Abdul Majid
Sidi Oraza – Syed Osman Rastam
Sheqal – Shahrim Salleh
Shikin – Aishah Dahalan
To’Ki – Mohd Zaki Mansor
Tantiana – Fatimah Hamzah
Wohnen – Shuhaida Shamsudin
Yem Bai – Abdul Rahim Zain
Ziana Zain – Siti Roziana Zain


nama sebenar artis - artis maya :

kakcik seroja -

allavendari -

Linda -

anak muallaf -

maiyah -

relevan -

endiem -

alkitizen -

zue -

blueCity-

cikcookie-

Khamis, 28 Januari 2010

bolehkah kita ...................


Kita sering dihibur, diulik-ulik, dikonsertkan sampai cerah bumi, melalak sampai pagi,

anugerah juara lagu,
pelbagai rancangan hiburan samada untuk mak budak, bapa budak, remaja dan kini kanak-kanak pun ada slotnya...idola kecil

ramai mak dan bapa budak menangis anak berjaya jadi juara.
kecuh seluruh kampung , anak kampung juara dalam menyanyi.

Bolehkah kita membangunkan rakyat dan masyarakat dengan menyebarkan keburukan dan kemungkaran dikalangan anak-anak mudanya?

Bolehkah kita membangunkan umat dengan nyanyian yang berbau seks, filem lucah,kisah hantu dan khurafat? Kisah-kisah yang mempersenda nilai-nilai rohani.

Apa yang kita lakukan kini bagi menanam dasar-dasar agama suci ke dalam hati para pelajar di sekolah dan para mahasiswa di universiti?

Apakah yang kita buat untuk menanam dasar-dasar ini ke dalam hati umat?
Apa yang kita lakukan untuk menanamkannya ke dalam jiwa para perajurit kita?

Sedarkah kita bahawa rakyat dan tentera yang dipimpin oleh Muhammad s.a.w tidak pernah mencapai kemenangan kerana banyaknya jumlah tentera.

Sedarkah kita bahawa musuh yang dihadapi oleh baginda itu sentiasa mengatasi jumlah dan kelengkapan perang yang dimilikinya.

Yang menang ialah pasukan kecil menentang pasukan besar di medan Badar.
yang menang juga adalah pasukan kecil ke atas pasukan besar Rom dan Parsi ketika itu.

Kemenangan tidak boleh dicapai tanpa aqidah yang membangun dan membina, yang dapat bertahan ketika damai dan tidak undur ketika perang.

Islam adalah senjata rahsia yang membuatkan umat Arab ketika itu sanggup memimpin dunia beberapa kurun lamanya di dalam lapangan politik,peradaban dan peperangan.

Jadi sekarang kita juga kena kembali menggunakan senjata ini sepertimana yang pernah diguna oleh datok nenek kita dahulu supaya kita juga menang seperti mereka menang, supaya kita dapat memimpin dunia seperti mereka memimpinnya ataupun kita masih lagi kekal di bawah tiupan angin taufan yang mencampakkan kita menjadi umat yang dihina dimerata tempat.

Isnin, 25 Januari 2010

yang melukakan isteri.....



"Dan daripada tiap sesuatu itu, kami telah jadikan berpasang-pasang.Mudah-mudahan kamu semua ingat mengingat."Az Zariyat : 49


LELAKI boleh melukai wanita tanpa disedari. Tanpa sengaja tapi wanita menggangap itu disengajakan.

tapi lelaki kena faham bahawa ada perkataan atau tingkahlaku yang kita rasa 'biasa' tetapi ianya melukakan hati wanita dan mereka amat sukar pula untuk melupakannya.

antara yang menyebab wanita mudah terluka:
1. suami tidak romantik.

ketika tiba hari ulangtahun perkahwinan misalnya. Si isteri mengagak tentu suaminya akan menghadiahkannya sesuatu sebagai tanda kasih suami padanya.

bila tiba harinya..... suami nampak biasa saja.

isteri bertanya... abang ingat tak? Ingat apa ..... tanya suami?

Oh! beli roti tuuu.... maaflah abang lupa..... nanti petang abang belikan.

Bukan itu bang..... si isteri sudah mula mencuka.. Abang memang tak kisah. Bukan nak ingat pun hari penting dalam hidup kita.

Oh! itu.. nasib baik awak ingatkan. Selamat ulangtahun perkahwinan ...sayang... tak sedar ia kita dah makin tua.Berapa tahun dah kita kahwin?

Si isteri menutup muka sambil berlari masuk ke biliknya.

Sudah tentu dia sangat hampa dengan sikap suaminya. Waktu berkenalan dulu pelbagai hadiah diberikan. Bila sudah berkahwin , suaminya sudah buat layan tak layan.

Hal seumpama itu selalu berlaku.Kata-kata dan sikap seperti di atas memungkinkan si isteri meluahkan rasa luka hatinya kepada orang lain yang dipercayai, mungkin adik-beradiknya atau kenalan rapatnya.


Ahad, 24 Januari 2010

lama ayah tak pergi pantai..........

keindahan pantai Cendering, kuala terengganu...



berlari-lari anak...... nasib baik aku bukan perokok......
masih bertenaga, denyutan jantung masih kuat




niii.... orang terengganu panggil main GALOH Panjang...... yohteh, blueCity, Dr Sam, Awang Goneng, Zero to Hero, apa orang kata......tahulah permainan ini.


merancang strategi nak kalahkan lawan.


Sudah lama tidak berkesempatan beriadah dengan anak-anak.Berlari,bermain, berkejaran bersama-sama.Kesempatan waktu yang ada aku gunakan untuk memenuhi tuntutan mereka.Itu pun setelah didesak oleh anak aku yang berusia 7 tahun.

Lama kakak tak pergi ke pantai. Mari ah ayah.... kita main pasir, mandi laut.Kejar-kejar kakak. .......bestnya.

Permintaan dan cadangan tersebut disokong oleh semua anak perempuan aku seramai 5 orang itu. Ibu mereka pun sama. Oleh kerana majoriti menyokongnya aku terpaksa akur dengan kehendak demokrasi.

Dan sebenarnya...............(pinjam perkataan awang(apa orang kata)..... anak-anak sangat memerlukan belaian kasih sayang. Kesibukan ibubapa hari ini menyebabkan mereka memendam rasa.

Jangan salahkan mereka suatu hari nanti jika mereka meninggalkan kita di tepi jalan atau meletakkan kita menghuni rumah orang-orang tua.

Sabtu, 23 Januari 2010

giliran ibu pula...


TUMI di Seri Kembangan, Serdang semalam.

SERDANG - Hajat seorang ibu tua, Tumi Wongsorujo mahu melawat anaknya bagi melepaskan rasa rindu setelah berpisah selama tiga tahun bukan sahaja tidak tercapai, malah hatinya hancur apabila dihalau anaknya itu.

Tumi, 52, yang datang dari Kuching, Sarawak dikatakan sanggup meminjam wang daripada sanak saudara untuk membeli tiket kapal terbang ke Kuala Lumpur pada Selasa lalu dan mencari anaknya itu walaupun tanpa alamat lengkap.

Usaha nekad Tumi mencari anaknya itu yang dikatakan tinggal di Serdang akhirnya membuahkan hasil apabila dapat menemui rumah anaknya malam kelmarin selepas dibantu oleh orang awam dan polis.

Namun apabila sampai di rumah anaknya, dia bagai terkedu apabila anak sendiri tidak mengaku dirinya ibu dan lebih pedih Tumi diherdik dan dihalau oleh anak perempuannya yang tinggal bersama suami barunya.


Kita baru saja dikejutkan dengan berita ayah ditinggalkan anak ditepi jalan. Anak menyembelih bapa bersama tiga lagi saudaranya.

Kini timbul pula cerita baru....... kasih ibu membawa ke syurga.

malang apa yang sedang melanda masyarakat kini???? dajjal mana yang sedang merasuk> Pontianak mana yang sedang mengigit?



Korek perigi di parit seberang,
Tepi parit tumbuh mengkudu,
Berselang dengan pohon puding,
Hidup subur kanan dan kiri;
Tuan pergi dagang seorang,
Tuan saudara tempat mengadu,
Tiada saudara tempat berunding,
pandai-pandailah membawa diri


puisi ini khas buat saudara alavendari




Jumaat, 22 Januari 2010

kalau para gadis nak kekalkan keayuanya....

Salam. Dan selamat solat jumaat pada kaum Adam.

Aku baca satu tulisan selepas subuh tadi mengenai rahsia gadis melayu mengekalkan keayuannya. Antaranya...... tapi bagi pembaca wanita janganlah marah ya. semua ini hanya pandangan. Mana yang baik ... ambillah.... yang buruk tuuu... buanglah. Jangan berdendam. Janganlah menidakkan pula.

1.Menjaga kulit.Utamakan kebersihan.Makanlah ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar. Makan selalu. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.

2.Menjaga muka. Tangan mestilah sentiasa bersih dan lembut. Jangan guna bedak yang bukan-bukan. Selalu guna bedak sejuk. Jangan kuat berangan-angan.

3.Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Selalu bersihkan rambut tetapi jangan terlalu kerap. Bila sikat rambut tuu.... ulangi sikat keseluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ingat lelaki sukakan gadis berambut panjang tetapi kemas.

4.Menjaga cara berjalan. latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengangkang atau tangan terlalu dihayun. langkah jangan terlalu besar. berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher pula jangan senget sebelah. Muka elok ditundukkan sedikit.

5.Menjaga gerak geri. Bila duduk dilantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk dikerusi jangan sila panggung. Janganlah mengangkang. Cara bergerak biarlah lemahlembut.

6.Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengih. Tutup mulut bila ketawa. Ketawalah secara sederhana.

7.Menjaga sikap. taat pada tuntutan agama. Jangan bohong. Jauhi dari merungut..Janganlah cerewet dan pandai menjaga hati orang.


oklah...... cuba amalkan yang ini dulu wahai anak-anak gadis ..... dah dekat nak jumaat ni.... wa cau dulu....

Khamis, 21 Januari 2010

dengar dan caknalah rakyat......

Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua Menteri:
1. Gaji Pokok RM18,000
2. Elaun Keraian RM10,500.00
3. Elaun Perumahan RM10,800.00
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00
5. Elaun parking RM 5,700.00
Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yang wajib diterima sama ada sakit atau tidakbekerja:

Lain-lain kemudahan

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.
2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dan lain-lain boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00
6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dengan telefon bimbit,satu pemandu,minyak percuma.Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.
7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.
8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00
9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri ialah:-
1. Gaji Pokok RM15,000
2. Elaun Keraian RM9,500.00
3. Elaun Perumahan RM9,800.00
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00
5. Elaun parking RM 5,700.00
Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yang wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.

Dan Menteri:-
1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan
2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik
3. Pendapatan dari syarikat persendirian seperti kontrak dan lain-lain
4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi
5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.
6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara
7. Lain-lain sumber


........rakyat jelata pula akan menerima .........................


Menurutnya, bukan sahaja elaun sara hidup (Cost Of Living Allowence - COLA) akan dipotong, malah elaun perumahan para guru akan di kurangkan separuh.

”Saya akan kehilangan RM400 sebulan, elaun COLA akan dipotong sebanyak RM200 dan elaun perumahan dari RM400 sebulan akan menjadi RM200 sahaja,”ujarnya....sumber
Wednesday, 20 January 2010 03:04 Wartawan Buletin .

.........
maka seorang pemimpin mestilah sanggup mengorbankan kepentingannya demi orang bawahannya .

pemimpin seperti ini akan diikuti dan dipatuhi tanpa ragu-ragu.
pemimpin seperti ini akan meningkatkan moral para pekerjanya.
pemimpin seperti ini akan membawa orang bawahannya menuju kemenangan

Selasa, 19 Januari 2010

masih adakah pemimpin itu kini?

KEPIMPINAN suatu sifat yang sukar dibuat-buat. Ianya mestilah dibentuk. Kepimpinan yang baik akan meningkatkan moral dan semangat dan sebaliknya kepimpinan yang lemah akan menjatuhkan moral dan semua perkara yang baik-baik.

Kepimpinan bukan terbatas kepada kepimpinan keluarga sahaja tetapi dimaksudkan ialah keseluruhan kepimpinan: kepimpinan politik, kepimpinan perusahaan,pemikiran, pendidikan dan kepimpinan ketenteraan.


Apabila semua orang yang terlibat dengan kepimpinan ini menjadi tempat keyakinan orang -orang bawahannya maka moral para pengikut dan rakyat juga di dalam keadaan baik, jika kepimpinan itu rosak maka rosaklah moral itu juga.

Ummat Islam mestilah sentiasa sedar dan cukup kenal setiap pemimpin mereka. Para pekerja juga mesti mengenali dengan jelas kepimpinan perusahaan mereka. Keluarga di rumah juga tentu tahu siapa dan bagaimana kepala keluarga itu .

Maka janganlah para pemimpin itu menyangka bahawa mereka dapat menyembunyikan hakikat dirinya dari orang-orang bawahan. Amatlah salah sangkaan para pemimpin itu kerana mereka sentiasa terbuka dan hakikat diri mereka sentiasa di ketahui oleh orang dikeliling kelalangnya.

Kita tentu sekali tidak ingin berketuakan pemimpin yang buruk akhlak dan tingkahlakunya.

Soalnya sekarang ini ialah bagaimanakah hendak menjadi pemimpin yang menjadi keyakinan dan kepercayaan orang-orang bawahanya?

Untuk semua itu maka pemimpin mestilah dapat melupakan dirinya demi kepentingan bawahannya. Mesti mengotakan apa yang dijanji dan dikata. Mesti melaksanakan segala keputusan ke atas dirinya lebih dahulu sebelum meminta orang lain mematuhinya.

Seorang pemimipin juga mesti sedar akan tanggungjawab bersih sebersihnya. Mesti berpegang teguh kepada nilai-nilai akhlak yang tinggi. Ia juga mesti berusaha melaksanakan tugasnya dengan penuh amanah dan cermat.

Seorang pemimpin mestilah mengambil berat terhadap nasib orang bawahannya,segala kebajikan mereka mesti diurus dengan baik. Pemimpin juga mesti mengambil keputusan ke atas perkara penting, sanggup memikul tanggungjawab, tidak cuba meletak beban ke atas orang lain. Ia juga mesti mempunyai perasaan kasih sayang dan percaya mempercayai dengan orang-orangnya.

Seorang pemimpin juga mestilah mempunyai pandangan hidup yang terkenal,sihat, beriman sepenuhnya dan tidak bermuka-muka (hipokrit). Ia juga mesti sanggup mengurbankan kepentinganya demi bawahannya dan tidak mengurbankan kepentingan orang lain demi kepentingan dirinya.

Ia juga tidak mudah jemu dan bosan dalam bekerja. Pemimpin juga mesti sanggup mempersamakan dirinya dengan bawahanya di luar tugas rasmi. Jiwanya mesti kuat tidak mudah terpengaruh dan dipengaruhi. Mesti mempunyai personaliti yang kukuh dan mempunyai idea yang jelas. Ia mesti juga mempunyai masa lalu yang cukup baik dan mulia.


Cumanya.................... masih adakah pemimipin seperti itu semua kini???????

Isnin, 18 Januari 2010

Islamlah....... kita selamat.

Umat Islam kini sudah melupai kehebatan agamanya sendiri. Malu dan takut untuk beramal dengan arahan dan suruhan Allah taala. Rasa jelik dan janggal untuk menutup aurat dengan sempurna. Merasai menutup aurat dengan sempurna itu menghad dan membataskan pergerakan.

Tidak sempurna dalam menunaikan solat lima waktu. Sangat sukar untuk bersolat secara berjemaah.

Islam datang dan telah mewajibkan ke atas umatnya bersembahyang, diikuti pula dengan kewajipan solat berjemaah yang ditunaikan oleh orang-orang Islam di belakang seorang imam. Alangkah indah dan menariknya bila melihat orang-orang Islam berbaris untuk solat jemaah, menunaikan rakaat dan sujudnya dengan penuh keserasian yang mengkagumkan di dalam keadaan yang teratur hebat.

Orang-orang Arab adalah bangsa yang degil, tidak mahu tunduk kepada kehendak luar akan tetapi mereka patuh dan berdisiplin mengenai kewajipan solat secara jemaah ini. Semangat disiplin yang tinggi ketika bersolat menjadi tempat melatih orang-orang Islam berdisiplin.

Sepatutnya sikap berdisiplin orang -orang Islam di dalam solat boleh mendorong semangat bersatu di antara sesama kita semua. Kita sebenarnya bukan saja diikat dengan kekuatan darah tetapi yang lebih hebat dari itu ialah kekuatan aqidah.

Sabtu, 16 Januari 2010

kasih sayang............

KANGAR: Seorang bapa yang baru selesai menjalani pembedahan jantung terkejut apabila dengan tidak semena-mena dibuang anak sendiri yang sengaja meninggalkannya bersama bungkusan pakaian di tepi jalan raya berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad, di sini.


membuang membunuh anak sendiri





sudah hilang segala kewarasan




takkan kita perlu belajar dari dia ni erti kasih sayang....................


Jumaat, 15 Januari 2010

UMAT ISLAM DISERU TUNAIKAN SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI

Saya selaku pesuruhjaya PAS Perak, menyeru supaya seluruh umat Islam dan ahli PAS Perak khususnya untuk menunaikan solat sunat gerhana matahari yang jatuh pada esok hari mulai antara 3.15ptg hingga 5.45 ptg. (hari ini jumaat)


Solat Sunat Gerhana atau juga dikenali sebagai solat sunat Kusuf atau Solat Khusuf merupakan solat yang didirikan sewaktu terjadi gerhana bulan atau matahari. Solat sunat gerhana matahari dalam istilah arabnya : Solat Sunat Kusuf. Solat sunat gerhana bulan dalam istilah arabnya : Solat Sunat Khusuf.


Kusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya matahari samada terlindungnya itu dalam bentuk juzu’nya atau keseluruhannya. Khusuf pula mutlak digunakan untuk lindungan cahaya bulan secara juzu’ atau pun keseluruhannya. Ramai ulama’ yang menyatakan bahawa kedua-dua kalimah itu boleh digunakan untuk kedua-duanya sekali samada gerhana bulan atau pun matahari.


Hukum Solat Gerhana Matahari

Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan. Ini berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.


Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah s.a.w pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana. Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia.


Rasulullah s.a.w telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.


Cara Solat Sunat Gerhana

Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami’ah!! ( Solat berjemaah )


Niatnya :

“Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta’ala” – (Jika berimam) ataupun “Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta’ala” – (Jika solat seorang diri)


Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :


Rakaat pertama
1. Niat solat Gerhana, Takbir
2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
3. Rukuk
4. I’tidal
5. Baca Al-Fatihah dan surah
6. Rukuk.
7. I’tidal.
8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.


Rakaat kedua
1. Niat solat Gerhana, Takbir.
2. Baca Al-Fatihah dan surah.
3. Rukuk.
4. I’tidal,
5. Baca Al-Fatihah dan surah.
6. Rukuk.
7. I’tidal.
8. Sujud
9. Tahiyyat Akhir

Selasa, 12 Januari 2010

Wahai anak-anak kesayanganku..............

Assalamualaikum .

Hari ini kita sering mendengar berita tentang anak-anak yang tidak menghormati ibu bapa bahkan sudah sampai peringkat mencedera dan membunuh mereka. Berlakunya gejala pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan sehingga melahirkan anak-anak luar nikah. Remaja dirosakkan oleh bahan-bahan yang merbahayakan tubuh badan seperti dadah,ganja, menghidu gam, penagihan ubat batuk dan lain - lain lagi .

Bahkan sudah ada kanak-kanak sekolah yang mencedarakan rakan sebaya mereka. Kejadian melawan guru sehingga membakar rumah guru dan membakar sekolah bukanlah sesuatu yang pelik pada hari ini.

Dimanakah silapnya sistem pendidikan kita sehingga sudah merosakkan semua perilaku dan akhlak yang baik-baik ini.

Sudah tentulah tidak cukup ruang untuk dihuraikan satu persatu punca masalahnya. Mungkin kali ini cukup untuk kita katakan bahwa faktor kekeluargaan sudah tidak lagi menjadi benteng kepada keutuhan akhlak anak-anak kita kini.

Asas pendidikan adalah dirumah. Sekiranya dirumah sendiri mereka tidak lagi mendapat asas pendidikan maka apabila berada diluar rumah sudah tentulah sukar bagi anak remaja kita untuk menghadapi godaan dan pancaroba diluar. Pergaulan dengan rakan-rakan yang jahat, sex bebas, hiburan yang melalaikan yang tersangat hebat hari ini.

Mereka yang mempunyai asas yang kuat pun belum tentu terselamat dan bukan sedikit yang tercicir dipertengahan jalan.

Sabtu, 9 Januari 2010

Jumaat, 8 Januari 2010

palestin......... jahat mu Mesir



Perjalanan ribuan kilometer konvoi kemanusiaan dari London ke Gaza terhalang dibumi umat Islam sendiri iaitu MESIR.

Kerajaan Mesir tidak membenarkan konvoi kemanusiaan berkenaan menghantar bantuan melalui pelabuhan Nuweiba di laut merah . Mereka telah mengarahkan konvoi berkenaan itu menyerahkan bantuan tersebut di pelabuhan Mediterranean. Satu keadaan dimana konvoi berkenaan terpaksa berpusing jauh sebelum tiba ke pelabuhan AlArish.

Mesir membuktikan bahawa mereka adalah sekutu kuat Israel. 10 orang anggota viva palestin cedera (4 parah) dan 7 ditahan polis Mesir semasa polis cuba menyuraikan tunjuk perasaan anggota konvoi kemanusiaan yang membantah tindakan kerajaan Mesir itu.

Apa yang dibawa oleh konvoi berkenaan? Untuk siapa bekalan tersebut? Untuk ummat islam palestin. Siapa yang mentadbir Mesir? Orang Islam Mesir. Konvoi berkenaan tidak terhalang dibumi dan negara orang bukan islam. Tiada kerenah untuk memasuki sempadan negara lain.

Syabas dan tahniah peserta rombongan dari Malaysia.Penahanan pelajar perubatan Malaysia yang menuntut di Universiti Bristol United Kingdom oleh rejim ganas Mesir sangat-sangat tidak wajar.Beliau adalah seorang sukarelawan.

Sedarlah wahai seluruh ummat islam bahawa bumi palestin itu adalah tempat bermulanya peristiwa Isra dan Mi'raj Rasulullah s.a.w. Tempat yang menghubungkan pengkalan dunia langit dan bumi.

Ummat Islam mempunyai kewajipan yang besar untuk berjihad mempertahankan almasjidil Aqso ini yang merupakan salah satu masjid yang disebut oleh baginda s.a.w :

"Janganlah kamu bersungguh musafir jauh melainkan kepada tiga buah masjid, masjidilharam,masjid aku ini yakni masjid Nabawi dan masjidil Aqso"

Allah telah menugaskan ummat islam supaya menghadapi kaum yang paling zalim dalam sejarah manusia. Mereka ini membohongi dan membunuh sebahagian nabi dan rasul.

Kejahatan mereka dirakamkan dalam alquran :

"Demi sesungguhnya kamu akan dapati golongan manusia yang paling bermusuh dengan orang-orang beriman. Mereka ialah orang-orang YAHUDI dan golongan Musyrikin" - al-maidah

Marilah kita semua termasuk dalam kelompok yang menadah tangan dan bermunajat kepada Allah supaya menetapkan pendirian saudara-saudara kita di bumi palestin dan diberi kemenangan oleh Allah s.w.t.

Rabu, 6 Januari 2010

harga gula ..........kalimah Allah.....enjin jet hilang

Khutbah Jumaat perjelas isu kenaikan harga gula

KUALA TERENGGANU – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Terengganu (PPDNKKT) mengambil pendekatan untuk memberi nasihat mengenai isu kenaikan harga gula dalam khutbah Jumaat di seluruh negeri ini bermula minggu depan.

Pengarah PPDNKKT, Mohd Hilmi Mohd Noor berkata, pengisian khutbah Jumaat itu akan dilakukan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan akan dibuat sekurang-kurangnya dua kali khutbah.

“PPDNKKT dan Jasa mengambil pendekatan tersebut kerana melalui khutbah ini masyarakat di negeri ini memahami situasi sebenar yang berlaku dalam krisis kenaikan harga gula.

“Kerajaan bukan sewe-nang-wenangnya menaikkan harga gula di pasaran tetapi memandangkan harga pada peringkat global meningkat maka kerajaan terpaksa menaikkan dengan kadar 20 sen setiap satu kilogram.

“Jika tahun lepas kerajaan telah berbelanja sebanyak RM720 juta untuk dijual kepada masyarakat dengan harga RM1.45 sen namun pada tahun ini sebanyak RM1.008 bilion dibelanjakan untuk dijual dengan harga RM1.65 sen,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Menangani Isu Kenaikan Harga Gula di Dewan Gamelan III, Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu.

Menurutnya, walaupun kenaikan gula ini naik 20 sen ia sebenarnya masih rendah jika dibandingkan dengan negara jiran yang sesetengahnya dua kali ganda daripada harga yang ditawarkan di negara kita.

“Oleh itu, tidak logik sekiranya peniaga minuman dan makanan menaikkan harga sewenang-we-nangnya kerana keuntu-ngan masih diperoleh dalam kadar memuaskan.

“Namun sejak tiga hari pemantauan dibuat oleh pihak penguat kuasa, kebanyakan peniaga masih lagi mengekalkan harga makanan dan minuman yang asal,” katanya.

Kata Hilmi, pengguna tidak perlu bimbang bekalan gula di negeri ini kerana kuota gula masih mencukupi sekiranya pembelian dibuat dalam kadar yang biasa tanpa membeli melebihi had.


Heboh seluruh negara mengenai tuntutan menggunakan kalimah Allah........
Kecoh seluruh rakyat bila diberitahu enjin jet jutaan ringgit dicuri oleh askar bawahan........

Tapi khutbah jumaat dinegeri aku Terengganu bumi penyu menyentuh soal harga gula naik...........KAH,KAH,KAH..

Selasa, 5 Januari 2010

ayat 64 surah ali-imran..................


Perkataan “Allah” Boleh Digunakan Oleh Agama Samawi – Presiden PAS


-Keputusan dibuat berdasarkan ayat 64 surah ali-Imran

KUALA LUMPUR
- PAS mengambil pendirian dan menegaskan bahawa perkataan “Allah” boleh digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.
Bagaimanapun PAS menegaskan, penggunaan kalimah “Allah” secara salah dan tidak bertanggungjawab wajar dielakkan, agar ia tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.


Pendirian PAS tersebut telah diputuskan dalam Mesyuarat Khas Lajnah Politik yang diadakan di sini semalam ekoran keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan gereja Katolik, Herald pada Khamis lalu.

Perbincangan yang dihadiri oleh 25 ahli itu
dipengerusikan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, disertai oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharruddin Mat Isa, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan dua orang Naib Presiden, Salahuddin Ayub serta Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mesyuarat tersebut telah bermula pada jam 9 malam berakhir pada 11.45 malam

“PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat.

“Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah sebagaimana yang dinyatakan dalam surah Al Imran ayat 64,” kata Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh ketua Penerangan PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad.

Ustaz Abdul Hadi menambah, PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yabg boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

Oleh itu katanya, PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.

Berikut adalah kenyataan penuh Presiden PAS;

PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.

Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.

Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.

‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’.

Pas dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.

Isnin, 4 Januari 2010

Allah....

Firman Allah dalam alquran yang mesti dibaca dan dijadikan panduan bila timbul persoalan.

“Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).





Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan berkata Allah..." (Al Quran, Az-Zumar (39):38).

Zaman pengampu bermaharaja lela......

Ketika Umar AlKhattab r.a dilantik menjadi khalifah maka beliau mendedahkan dirinya dengan nasihat. Apabila kamu melihat aku melakukan penyelewengan maka perbetulkanlah aku.

Berlaku secara amali bagaimana khalifah Umar menerima teguran secara terbuka walaupun dari seorang perempuan yang lemah.

Semasa Umar memberikan ucapan di masjid meminta supaya perempuan-perempuan jangan meninggikan mahar perkahwinan maka bangun seorang wanita dengan berdalilkan ayat quran mengatakan bahawa menentukan mahar perkahwinan adalah hak perempuan . Maka Umar alkhattab tanpa segan silu berkata . Betul perempuan itu dan umar telah tersalah.

Adakah contoh keadilan seperti ini berlaku di dalam masyarakat dan negara pada hari ini?Terlalu jauh untuk menemuinya . Kita sekarang berada di dalam negara yang pemimpin-pemimpinnya dikelilingi oleh pengampu-pengampu yang bohong yang memberi pujian yang melangit supaya pemimpin kembang hatinya walaupun nasihat yang diberikan itu penuh kezaliman dan penyelewengan.

Dan kita juga hidup kini dalam zaman dimana penasihat-penasihat negara takut untuk memperbetulkan penyelewengan pemimpin mereka.

Itulah keadaan yang wujud di dalam masyarakat islam hari ini.

Ahad, 3 Januari 2010

sukarnya mendidik anak kini......

Zaman sekarang orang-orang yang mahu berkahwin sudah tidak lagi memberi perhatian terhadap sifat beragama dan berakhlak. Gadis atau pemuda yang hendak dinikahi itu mungkin hanya dikenali dipusat membeli belah atau perhentian bas, ditepi pantai atau mungkin melalui akhbar dan majalah melalui iklan-iklan mencari jodoh. Lebih moden lagi kini melalui laman maya ini.

Mereka menjadikan artis,penyanyi, pelakon sebagai contoh isteri dan suami solehah. Tak keterlaluan kalau aku tulis bahawa artis itulah perosak utama muda mudi islam hari ini kerana dengan pakaian dan fesyen mereka kini telah menjadi ikutan di kota dan di desa.
Ibu bapa pula menerima sahaja lamaran untuk meminang anak gadis mereka tanpa menyelidik siteruna itu sembahyang, puasa,menutup aurat atau tidak. Kita rasa takut dan bimbang apabila anak gadis kita yang asalnya menutup aurat,bersolat tetapi apabila jatuh ketangan lelaki yang tidak setia pada agamanya akan membawa fitnah kepada anak gadis kita.

Islam sangat menekankan pada ibubapa supaya mendidik anak-anak dengan pendidikan Islam. Mengajar mereka mengenal tuhan sekelian alam iaitu Allah s.w.t. Mengajar anak-anak dengan perangai yang baik,akhlak dan bersopan. Anak-anak juga wajib diajar batas-batas halal dan haram dan bersikap tegas kepada mereka sekiranya ada timbul bibit-bibit untuk cenderung kepada kejahatan sebelum nasi menjadi bubur.

Dalam quran Allah telah berfirman yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari azab api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu. Penjaganya adalah malaikat yang kasar lagi bengis. Mereka tidak melanggar perintah Allah ke atas mereka dan mereka lakukan apa yang diperintahkan".

Sabtu, 2 Januari 2010

sudah 16 hari tahun baru islam......

Salam semua. Sudah 16 hari kita berada ditahun baru Islam. (16 Muharram). Sudah sepatutnya azam kita sempena tahun baru Islam itu telah cuba kita laksanakan. Biar sedikit tetapi istiqomah. Kalau dulu kita sekadar membaca alquran dimalam jumaat sahaja azamkanlah untuk kita membaca ayat suci itu sekurang-kurangnya 10 ayat sehari.

Sebenarnya apa yang dilakukan dan ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w semuanya merupakan urusan agama yang menjadi contoh dan pengajaran kepada umat Islam. Bukankah Islam agama yang sempurna?

Bukankah Islam mengajar perkara akhirat dan perkara dunia? Bukankah manusia dijadikan dimuka bumi ini untuk mentadbir dunia dengan hukumnya?

Kita juga tahu bahawa pada hari akhirat nanti manusia akan disoal tentang nyawa mereka,masa,hartabenda,kesihatan mereka dan lain-lain lagi yang semua itu merupakan urusan dunia.Ini membuktikan bahawa menguruskan urusan dunia dengan ajaran islam akan menyelamatkan kita diakhirat nanti.

Hijrah Rasulullah s.a.w daripada Mekah ke Madinah adalah untuk melaksanakan urusan dunia berdasarkan ajaran Islam. Penghijrahan itu berlaku kerana apa? Kerana pemimpin dan pembesar quraish ketika itu tidak memberi peluang pada baginda untuk melaksanakan serta menegakkan ajaran Islam di kota Mekah.

Apabila ada kelompok dan kumpulan lain yang sanggup memberi tempat kepada Islam , sanggup menyerahkan dan mengorbankan semua nikmat pemberian Allah untuk menegakkan Islam maka Rasulullah s.a.w dan golongan muhajirin diperintah Allah melaksanakan hijrah itu. Siapa kelompok yang hebat itu? Sudah tentulah puak Aus dan Khazraj yang bersedia taat pada apa saja perintah Allah danRasulnya.

Apa yang ada disebalik hijrah itu?Adakah sekadar mendirikan masjid? Membina masjid baru sahaja? Tidak!!! Masjid didirikan bukan sahaja sebagai tempat beribadat tetapi juga sebagai tempat mentadbir urusan dunia dan urusan akhirat.

Islam adalah agama yang lengkap dan alquran itu adalah panduan hidup manusia didalam semua perkara samada dunia atau akhirat. Oleh itu umat Islam tidak perlu lagi kepada fahaman dan sistem-sistem yang direka dari barat atau timur. Islam itu sudah cukup untuk kita semua.

Oleh itu wajib ke atas kita umat Islam berpegang dengan syariat Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w sehingga kepenghujung hayat kita.

Jumaat, 1 Januari 2010

sudah tahun baru ke????????




Seronok sungguh melihat percikan bunga api semalam. Mendengar pelbagai irama budaya Malaysia.Kumpulan-kumpulan seni yang membuat persembahan pun hebat-hebat belaka.
Rakyat pun bukan main ramai berkumpul menunggu detik 12 malam. Gembira aku melihat wajah-wajah gembira rakyat Malaysia.. Bertempik sorak seperti tiada apa-apa masalah. Ingatlah sehari dua lagi anak-anak kita akan bersekolah. Tentu banyak belanja akan keluar. Janganlah nanti bermuram durja selepas bergelak ketawa.

Hebat negara ku. Aku sungguh bangga menjadi warga malaysia.



Gula dah naik harga jadi $1.65 mulai tengahmalam semalam dikala rakyat sedang bergembira. Jadilah rakyat yang cemerlang dan terbilang dan bukan rakyat yang terlena dengan percikan-percikan bunga api yang sekejap saja menawan itu.

Selamat Tahun Baru. Tentu ada banyak azam baru. Tahniah! Tahniah sekali lagi untuk Malaysia.