Perkataan “Allah” Boleh Digunakan Oleh Agama Samawi – Presiden PAS
-Keputusan dibuat berdasarkan ayat 64 surah ali-Imran
KUALA LUMPUR - PAS mengambil pendirian dan menegaskan bahawa perkataan “Allah” boleh digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.Bagaimanapun PAS menegaskan, penggunaan kalimah “Allah” secara salah dan tidak bertanggungjawab wajar dielakkan, agar ia tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.
Pendirian PAS tersebut telah diputuskan dalam Mesyuarat Khas Lajnah Politik yang diadakan di sini semalam ekoran keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan gereja Katolik, Herald pada Khamis lalu.
Perbincangan yang dihadiri oleh 25 ahli itu dipengerusikan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, disertai oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharruddin Mat Isa, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan dua orang Naib Presiden, Salahuddin Ayub serta Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Mesyuarat tersebut telah bermula pada jam 9 malam berakhir pada 11.45 malam
“PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat.
“Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah sebagaimana yang dinyatakan dalam surah Al Imran ayat 64,” kata Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh ketua Penerangan PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad.
Ustaz Abdul Hadi menambah, PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yabg boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.
Oleh itu katanya, PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.
Berikut adalah kenyataan penuh Presiden PAS;
PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.
Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.
Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.
Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.
Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.
PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.
‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’.
Pas dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.
PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.
Biarlah mereka yang arif, yang bersuara. Usah main agak2 kalau kita sendiri tak pasti dengan apa yang kita perkatakan.
BalasPadamTak berani juge nok komen bimbang tersalah landasan tergelincir abis.
BalasPadamcopy + paste dari sini....
BalasPadamSepanjang minggu lepas, sekurang;kurangnya ada 2 isu yang menjadi tajuk utama dibincangkan dalam media dan blog maya ini. Pertama isu kehilangan enjin jet pejuang 5-E negara ini. Kedua isu kenaikan harga gula. Belum pun kedua-dua isu itu reda, negara dihebohkan pula oleh kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah Herald-The Catholic Weekly oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Apabila pemimpin politik sudah ramai yang bercakap, apabila ramai yang mula buat bising sambil bertakbir dan menjerit, maka keputusan membenarkan penggunaan kalimah Allah itu tiba-tiba menjadi isu yang sangat besar. Ia isu sangat besar hingga mereka yang tidak kelihatan seperti seorang Islam yang taat kepada agama pun menunjukkan mereka sangat sayangkan agama, sekurang-kurangnya mereka sayang nama Allah. Sayang hukum Allah hal lain pula!
Lalu tenggelamlah isu-isu lain. Lalu terlupalah rakyat Malaysia ke mana menghilangnya enjin jet pejuang F 5-E kita, siapa yang bertanggung jawab menghilangkannya, siapa dalang amat berkuasa dan durjana yang menggunakan ilmu David Copperfield menghilangkan enjin jet itu, apa modus operandi yang diguna pakai dan sebagainya.
Begitu juga dengan isu gula. Ketika kita sedang bersarapan dengan teh tarik kurang manis, kita terlupa seketika tentang kekurangan gula di dalam cawan kerana hati sedang dibakar oleh amarah kepada Hakim Mahkamah Tinggi dan Herald-The Catholic Weekly.
Kini apabila negara dipesongkan dan tertumpu kepada isu kalimah Allah, Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan boleh tidur lena kerana isu enjin jet hilang dan gula naik harga tidak dibincangkan lagi oleh masyarakat. Apabila Mahkamah Rayuan yang Ketua Hakimnya adalah ahli Umno kelak membuat keputusan menolak penggunan nama Allah seketika nanti, Umno akan kelihatan sebagai pemenang yang memperjuangkan isu yang mereka sendiri besar-besarkan itu.
Dan selepas isu penggunaan kalimah Allah ini selesai, kita pun sudah lupa kepada isu enjin jet F 5-E yang hilang dan gula dalam minuman yang kurang manis itu.
Selepas isu kalimah Allah ini selesai, Najib bolehlah mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pengarang majalah Herald dan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan kerana peranan besar mereka yang berjaya menghilangkan isu enjin jet yang hilang dan isu kehilangan kemanisan gula.
***************************************
...dan dari sini...
Dr Haron Din: Kufur Jika Sokong Guna Kalimah Allah
Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.
"Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka.
"Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini.
Tokoh agama itu turut melahirkan kekesalannya terhadap beberapa penulis blog termasuk di kalangan beberapa pemimpin parti-parti politik yang menyatakan sokongan mereka kepada keputusan berkenaan.
"Saya harapkan orang-orang ini boleh bersatu pandangan, memanglah setiap orang itu ada kebebasan bersuara.
"Kalau hal politik memanglah ada banyak pandangan, tapi kalau hal agama, kita perlu balik kepada kaedah agama.
"Kalau kita berpuas hati dengan perkara yang syirik ia akan membawa kepada kekufuran," katanya tanpa menyebut secara khusus blog-blog berkenaan.
aku buka ahli tafsir dan ahli fekah untuk memberi hukum tapi jom kita tengok balik ayat yang mereka gunakan sebagai dalil tu dan fikirkan dengan minda yang setengah masak ini...
BalasPadam"...kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia..."
bukankah jelas penggunaan Allah pada kristian untuk mempersekutukan Allah.. so kalu ditulis dalam bible sok; Allah (father), Jesus dan Ruh Kudus... bukankah itu jelas mempersekutukan Allah seperti yang dilarang oleh maksud ayat Al-Quran tersebut. aku bersetuju dengan Prof. Haron Din sepatutnya dalam keadaan begini umat Islam perlu bersatu mempertahankan agamanya.. jangan menjual agama untuk keuntungan yang sedikit!
Salam. Kenyataan yang dikeluarkan ini bukan pandangan ustaz hadi tetapi pandangan dan keputusan yg diambil melalui mesyuarat yang dihadiri oleh 25 orang yg sudah semestinya mengetahui apa yang menjadi masalah ini.
BalasPadamhmmm....
BalasPadambaca dan faham
semoga tok guru sihat2 dan dilindungi Allah swt selalu
amin..
=)
salam...
BalasPadamselamat tahun baru 2010 dari saya.. :))
senyum selalu..
sem0ga suasana kembali harm0ni..
BalasPadaminsyaallah
rasa janggal lak kalo ada agama lain guna nama Allah.. kalo dibenarkan spt dlm hadis dan Quran moga mrk tdk punya niat lain
BalasPadamkita tengoklah apa keputusan mahkamah tinggi, atau rayuan atau pun mahkamah persekutuan kelak !
BalasPadam