Perjalanan ribuan kilometer konvoi kemanusiaan dari London ke Gaza terhalang dibumi umat Islam sendiri iaitu MESIR.
Kerajaan Mesir tidak membenarkan konvoi kemanusiaan berkenaan menghantar bantuan melalui pelabuhan Nuweiba di laut merah . Mereka telah mengarahkan konvoi berkenaan itu menyerahkan bantuan tersebut di pelabuhan Mediterranean. Satu keadaan dimana konvoi berkenaan terpaksa berpusing jauh sebelum tiba ke pelabuhan AlArish.
Mesir membuktikan bahawa mereka adalah sekutu kuat Israel. 10 orang anggota viva palestin cedera (4 parah) dan 7 ditahan polis Mesir semasa polis cuba menyuraikan tunjuk perasaan anggota konvoi kemanusiaan yang membantah tindakan kerajaan Mesir itu.
Apa yang dibawa oleh konvoi berkenaan? Untuk siapa bekalan tersebut? Untuk ummat islam palestin. Siapa yang mentadbir Mesir? Orang Islam Mesir. Konvoi berkenaan tidak terhalang dibumi dan negara orang bukan islam. Tiada kerenah untuk memasuki sempadan negara lain.
Syabas dan tahniah peserta rombongan dari Malaysia.Penahanan pelajar perubatan Malaysia yang menuntut di Universiti Bristol United Kingdom oleh rejim ganas Mesir sangat-sangat tidak wajar.Beliau adalah seorang sukarelawan.
Sedarlah wahai seluruh ummat islam bahawa bumi palestin itu adalah tempat bermulanya peristiwa Isra dan Mi'raj Rasulullah s.a.w. Tempat yang menghubungkan pengkalan dunia langit dan bumi.
Ummat Islam mempunyai kewajipan yang besar untuk berjihad mempertahankan almasjidil Aqso ini yang merupakan salah satu masjid yang disebut oleh baginda s.a.w :
"Janganlah kamu bersungguh musafir jauh melainkan kepada tiga buah masjid, masjidilharam,masjid aku ini yakni masjid Nabawi dan masjidil Aqso"
Allah telah menugaskan ummat islam supaya menghadapi kaum yang paling zalim dalam sejarah manusia. Mereka ini membohongi dan membunuh sebahagian nabi dan rasul.
Kejahatan mereka dirakamkan dalam alquran :
"Demi sesungguhnya kamu akan dapati golongan manusia yang paling bermusuh dengan orang-orang beriman. Mereka ialah orang-orang YAHUDI dan golongan Musyrikin" - al-maidah
Marilah kita semua termasuk dalam kelompok yang menadah tangan dan bermunajat kepada Allah supaya menetapkan pendirian saudara-saudara kita di bumi palestin dan diberi kemenangan oleh Allah s.w.t.
Salam, Syekh;
BalasPadamSebab itulah apabila negara kita "dilanda" pelbagai masalah dan isu yang membabitkan Islam (seperti isu penggunaan kalimat Allah oleh pihak Kristian Katolik), kita menjadi sedikit ketinggalan dalam hal Islam global. Isu kejahatan Mesir itu sangat dahsyat kerana menganiaya umat seagamanya - si sukarelawan dan rakyat Palestin. Hosni itu sudah kita ketahui kesongsangannya.
Sesungguhnya, untuk mendapat kemenangan, umat Islam perlu bergelut dahulu - mental dan spiritual.
tengok berita malam tadi,
BalasPadamahkak rosmah bangga jerk, kerana dia lah yg jadi penyelamat kpd seorang student kita yg ditangkap. hanya dgn satu panggilan talipon?
huhuhu...
ahkak rosmah mmg wanita no 1 malaysia,
hehehe..
memang,
islam ditindas oleh kaum2 yang mengaku mereka juga islam?
fikir2kan la..
Apa nak jadilah Mesir ni. Sedih dengan sikap umat Islam sendiri..
BalasPadamabu muaz,
BalasPadammengenangkan kekejaman israel dan mesir sekongkol dgnnya..mmg geram... muga2 Allah menimpakan azab pd kedua2 pemimpin tersebut...
apalah yang ada dalam kepala otak orang mesir ni... kalu nak tau serba sedikit, baca le kisah zainab daripada ikhwanul muslimin tentang pemerintah mesir ni
BalasPadamSalam en Abu Muaz..kat Chenor ada satu kampung bernama Musir..penduduknye ramah tamah..
BalasPadamtgklah keadaannya org2 islam sendiri
BalasPadamdisebabkan pemimpin, nasib umat islam terumbang ambing......kat sinipun kalo pemimpin berkiblatkan barat.....boleh lemah umat islam kat sini...
BalasPadamassalammualaikum
BalasPadamabu muaz, perangai si Arab begitulah...
Arab yang tidak meletakkan Islam pada tempatnya
turut sedih lagi simpati....tumpang lalu pun tak boleh...beri aje la kan...bukan dia punya pun....
BalasPadamSalam. Bangsa Arab ni mmg teruk. Itulah sbbnya Allah menurunkan Nabi dan Rasul dr kalangan Arab. Tp msh lg tak sedar. Masa ke Mesir haritu, mmg byk perkara berlaku di sana tp bumi anbi' . tak berani nak komen apa2. Yg peliknya anjing merata2 kat sana. Mrk bermain dgn anjing selamba je...
BalasPadamZULKIFLI : benar tuan kita jadi terleka dengan masalah ummah.
BalasPadamblueCITY :hebat wanita pertama kita.
BalasPadamWebmaster@Echam :tak pelik tuan kalau kita kenal sejarah mesir ni.
BalasPadamIbu n Abah :insyaAllah
BalasPadamcemomoi : orang kita kurang maklumat mengenai kekejaman Mesir terhadap gerakan ikhwan.
relevan :oh gitu...tapi penduduk tu baik ya.
BalasPadammaiyah ;betul tu maiyah. sedih bila mengenangkan itu semua.
BalasPadamCikgu Jang :semua pemimpin takutkan Amerika.
BalasPadama kl citizen :bangsa yang tidak reti ...
BalasPadamsonata anak kancil : lebih sudu dari kuah.
BalasPadamHajah Nafisah bt. Haji Md. Noor :benar tu hajjah. bangsa yang tak sedar diri.
BalasPadamIslam dunia haruslah menunjukkan persaan mereka kpd tidak perihatinnya Mesir dgn tidak menunaikan Haji pd tahun 2010 ini.
BalasPadam