Pengikut
Khamis, 28 Januari 2010
bolehkah kita ...................
Kita sering dihibur, diulik-ulik, dikonsertkan sampai cerah bumi, melalak sampai pagi,
anugerah juara lagu,
pelbagai rancangan hiburan samada untuk mak budak, bapa budak, remaja dan kini kanak-kanak pun ada slotnya...idola kecil
ramai mak dan bapa budak menangis anak berjaya jadi juara.
kecuh seluruh kampung , anak kampung juara dalam menyanyi.
Bolehkah kita membangunkan rakyat dan masyarakat dengan menyebarkan keburukan dan kemungkaran dikalangan anak-anak mudanya?
Bolehkah kita membangunkan umat dengan nyanyian yang berbau seks, filem lucah,kisah hantu dan khurafat? Kisah-kisah yang mempersenda nilai-nilai rohani.
Apa yang kita lakukan kini bagi menanam dasar-dasar agama suci ke dalam hati para pelajar di sekolah dan para mahasiswa di universiti?
Apakah yang kita buat untuk menanam dasar-dasar ini ke dalam hati umat?
Apa yang kita lakukan untuk menanamkannya ke dalam jiwa para perajurit kita?
Sedarkah kita bahawa rakyat dan tentera yang dipimpin oleh Muhammad s.a.w tidak pernah mencapai kemenangan kerana banyaknya jumlah tentera.
Sedarkah kita bahawa musuh yang dihadapi oleh baginda itu sentiasa mengatasi jumlah dan kelengkapan perang yang dimilikinya.
Yang menang ialah pasukan kecil menentang pasukan besar di medan Badar.
yang menang juga adalah pasukan kecil ke atas pasukan besar Rom dan Parsi ketika itu.
Kemenangan tidak boleh dicapai tanpa aqidah yang membangun dan membina, yang dapat bertahan ketika damai dan tidak undur ketika perang.
Islam adalah senjata rahsia yang membuatkan umat Arab ketika itu sanggup memimpin dunia beberapa kurun lamanya di dalam lapangan politik,peradaban dan peperangan.
Jadi sekarang kita juga kena kembali menggunakan senjata ini sepertimana yang pernah diguna oleh datok nenek kita dahulu supaya kita juga menang seperti mereka menang, supaya kita dapat memimpin dunia seperti mereka memimpinnya ataupun kita masih lagi kekal di bawah tiupan angin taufan yang mencampakkan kita menjadi umat yang dihina dimerata tempat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam. Melayu di Malaysia ini sememangnya dihidangkan satu persatu bentuk hiburan, bertali arus, tak henti-henti. Ramai pula yang menyumbang wang (secara sms)dengan jumlah yang banyak seakan-akan di negara ini sudah tidak ada manusia miskin untuk diberi sumbangan. Itulah bangsaku...
BalasPadammnugkin bangga dpt tgk anak2 kecil giat dlm bidang seni...k0n0n ingin mencungkil bakat..
BalasPadamSalam pagi khamis....
BalasPadamNampak sangat bila hendak akhir zaman ni, umat islam dilekakan dengan wang, hiburan dan maksiat.... sehinggakan pemerintah yang bernama islam turut bersama-sama mengajak/menganjurkan pesta maksiat....
semuga kita semua tidak menjadi lalai dengan maksiat sewaktu akhir nyawa. amin.
Baru-baru ini, anak saya membawa pulang dari seolahnya sekeping kertas yang tertulis iklan 'Idola Kecil'. Iklan tersebut mempelawa pelajar sekolah menyertai pertandingan nyanyian anjuran TV9 bagi mencungkil bakat (kononnya). Istighfar sahaja dibuatnya...
BalasPadamsalam
BalasPadamwalau dah sedar hiburan, sukan, fesyen, adalah antara2 agenda yahudi dan lemahkan umat islam. tapi kita ( saya lah tu), masih juga sukakan hiburan. walau bukan hadirkan diri di staduim2, tapi melepak didepan tv juga.
ishhhhhhhhh... sedikit sebanyak melalaikan juga .
ramai yg ingin jadi baik dan terbaik.
ramai yg tak mampu bergerak sendiri, ramai yg perlukan sokongan dan dorongan.
tak kira dari kawn2, family, masyrakat dan negara juga dunia.
so,
lebih ramai yg mengejar dunia dari akhirat
kerana apa?
rasanya ada komplot nak jatuhkan bangsa kita.. kita aje sama ada sedar atau tidak tetak suka dan buat bodo. aku haram nak langgan astro kalu hidup untuk berhibur saja.. ada program realiti terutama melibatkan bebudak jangan harap dapat tengok laaa.. aku menyampah tengok orang tua terkinja-kinja menari menyokong supaya anaknya hanyut dalam kerosakan akhlak...
BalasPadamCC bari terniat nak beli tiket TEATER ANAK RAJA DUA SERUPA.cam xjd laa plak
BalasPadamhiburan skrg mmg makin mndpt tempat kat hati mudamudi, sy sndri pun suka dgr lagu tp yg hnya sdp didgr
BalasPadamJangan AFUNDI..
BalasPadamPermasalahan yg menjadi tanggungjawab kita semua satu Malaysia, sesat di hujung jalan jom cari jalan pulang yg selamat
BalasPadambenar kemajuan kebendaan tidak seimbang dengan kemajuan kerohanian. justru janganlah heran dengan gejala sosial yang semakin hari semakin parah.
BalasPadamdunia sementara ini semakin hanyut dibawah taklukan halusinasi musuh Islam. Semoga kita tidak terheret sama dan tidak mengikut gelombang.
BalasPadamlangkah terkini adalah dari langkah yang sebelumnya... apakah telah pincang langkah yang terdahulu..?
BalasPadamRamai antara kita yang masih hidup dalam khayalan.. tak sedar yang hidup ini sudah hampir ke penghujungnya.
BalasPadamTie :kehidupan khayalan ini sangat indah dimata sebab tu ramai terleka.
BalasPadamyohteh : semuanya bermula dari langkah yang awal.
BalasPadamDrSam :sangat sukar untuk kita terheret sama kini.
BalasPadamhamzah@al-lavendari :jika tiada usaha membendung semua ini akan menghancurkan bangsa dan negara kita.
BalasPadamnoorlara : sangat sukat untuk menemui jalan pulang kini.kita sudah terlalu jauh tersasar dari jalan yang asal.
BalasPadamrelevan: Dan sebenarnya...........
BalasPadammaiyah : semuanya dirancang untuk menjahamkan kita umat Islam.
cemomoi :benar sekali tuan cemomoi.ada tangan - tangan jahat sedang memusnahkan bangsa kita.
BalasPadamCik Cookie : janganlah begitu CC. pilihlah mana yang baik dalam melayari hidup ini.
BalasPadamblueCITY :dunia ini kalau ibarat lebuhraya timur barat mesti ada pantang larangnya. Takkanlah kita memandu dilebuhraya tanpa had. Begitu juga dengan dunia mestilah ada had dan peraturannya.
BalasPadamMarniyati:kalau mak bapak sukakannya pasti anak-anak menurut saja.
BalasPadamIbu n Abah : sama-samalah kita mengawal diri dan keluarga supaya tidak terjerumus kejalan yang tidak diredhai ini.
BalasPadamsharamli:mak bapak yang lebih-lebih tu...
BalasPadamMybabah :bangsa yang tak sedar bahawa mereka sedang terjajah fikirannya. penjajah sudah lama pulang meninggalkan benih dan anak haram mereka di sini.
BalasPadam