Umat Islam kini sudah melupai kehebatan agamanya sendiri. Malu dan takut untuk beramal dengan arahan dan suruhan Allah taala. Rasa jelik dan janggal untuk menutup aurat dengan sempurna. Merasai menutup aurat dengan sempurna itu menghad dan membataskan pergerakan.
Tidak sempurna dalam menunaikan solat lima waktu. Sangat sukar untuk bersolat secara berjemaah.
Islam datang dan telah mewajibkan ke atas umatnya bersembahyang, diikuti pula dengan kewajipan solat berjemaah yang ditunaikan oleh orang-orang Islam di belakang seorang imam. Alangkah indah dan menariknya bila melihat orang-orang Islam berbaris untuk solat jemaah, menunaikan rakaat dan sujudnya dengan penuh keserasian yang mengkagumkan di dalam keadaan yang teratur hebat.
Orang-orang Arab adalah bangsa yang degil, tidak mahu tunduk kepada kehendak luar akan tetapi mereka patuh dan berdisiplin mengenai kewajipan solat secara jemaah ini. Semangat disiplin yang tinggi ketika bersolat menjadi tempat melatih orang-orang Islam berdisiplin.
Sepatutnya sikap berdisiplin orang -orang Islam di dalam solat boleh mendorong semangat bersatu di antara sesama kita semua. Kita sebenarnya bukan saja diikat dengan kekuatan darah tetapi yang lebih hebat dari itu ialah kekuatan aqidah.
Salam Abu Muaz...
BalasPadamwalau dalam saf yang sama, menghadap ke kiblat yang satu.. fikiran dan hati masih juga merewang2.. membuatkan tiada tumpuan lalu hilanglah rasa persaudaraan!
salam ...
BalasPadamIslam ,agama paling hebat dan tiada tolok bandingnya...
Teringat masa di asrama dulu. Beratur dengan sabar nak masuk surau untuk sembahayang subuh.... seronoknya ketika itu... :)
BalasPadamsalam en abu muaz,
BalasPadamkadang saya terfikir2 juga
walau dalam agama islam yg sama
namun kita juga bergaduh dan berperang sesama kita?
tak kira di malaysia atau di negara arab sana dan diman2 sahaja yg beragama islam.
dalam alquran yg saya pernah baca, kaum arab telah bersatu kerana agama iaitu agama islam. tetapi kenapa hari ini, lain pula ceritanya?
ada kerana berlainan mazhab dan fahaman?
kalau berlainan mazhab pun boleh berbunuh2 , camana islam nak hadapi dgn org yg berlainan agama?
terima kasih sharing ..
oh ya, cantik dinding rumah, hijau. heheheh...
BalasPadamkakcik seroja : rasa persaudaraan inilah yang perlu dipupuk oleh semua pihak.
BalasPadamummi humaira : sangat tepat ummi. ... tapi ummat islam kini sangat leka dan tidak sedar itu semua.
BalasPadamSalam Abu Muaz,
BalasPadamkak baru selesai baca "Terutusnya Muhammad saw memberikan 6 hadiah yang amat berpengaruh terhadap sejarah manusia" Pertama: Aqidah tauhid yg murni dan logik. Kedua:Dasar kesatuan Umat Manusia dan persamaan. Ketiga: Pernyataan ttg Kejadian Manusia dan Ketinggiannya, Keempat: Memerangi keputusasaan, pesimisme, dan menanamkan cita2, harapan, kepercayaan dan kehormatan dalam diri manusia. Kelima: Menhimpun agama dan dunia, mempersatukan kesatuan2 yg saling bermusuhan dan Ke enam: Menentukan tujuan daripada setiap lapangan kerja dan perjuangan. Dan kesimpulannya Nabi Muhammad diutuskan untuk mmberi rahmat kepada sekelian alam.
Jadi memang benarlah jika Islam seluruhnya selamatlah kita dunia dan akhirat.
Ayuh..sempurna kan solat kita..kawan ada pekerja berbangsa India..ada sekali tu hari jumaat..petang semasa nak rool cal dia tanya..''Incik bila semayang jumaat time ..knapa masih ramai orang Melayu duduk round2 dalam bandar lagi?..arr..kwn diam je tak kata benda..
BalasPadamMereka yg bersolat dan melakukan perintah adalah pilihan Allah..Harus disyukuri..
BalasPadamsolat nak kene khusyuk.. baru dtg keindahannya
BalasPadamdinding ijo yg chantekk tewww.. uhuhu
BalasPadamkat sek0lah dulu nak buat baik p0n malu..kal0 pergi s0lat kat surau nnt mesti ada yg ckp nak b0dek ustaz...susah kal0 kawan seislam p0n ckp cmtu...
BalasPadammemang benar banyak hikmahnya solat berjemaah ni. bukan tak boleh.. buat Tarawikh sebulan Ramadhan boleh pulak ! pasal ada moreh kot ! atau pun syaitan dah kena rantai.
BalasPadamziarah. awal subuh
BalasPadambudak kampung online; t.kasih sudi ziarah pagi-pagi ni. mudah-mudahan murah rezeki hari ini.
BalasPadam