Pengikut

Rabu, 6 Januari 2010

harga gula ..........kalimah Allah.....enjin jet hilang

Khutbah Jumaat perjelas isu kenaikan harga gula

KUALA TERENGGANU – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Terengganu (PPDNKKT) mengambil pendekatan untuk memberi nasihat mengenai isu kenaikan harga gula dalam khutbah Jumaat di seluruh negeri ini bermula minggu depan.

Pengarah PPDNKKT, Mohd Hilmi Mohd Noor berkata, pengisian khutbah Jumaat itu akan dilakukan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan akan dibuat sekurang-kurangnya dua kali khutbah.

“PPDNKKT dan Jasa mengambil pendekatan tersebut kerana melalui khutbah ini masyarakat di negeri ini memahami situasi sebenar yang berlaku dalam krisis kenaikan harga gula.

“Kerajaan bukan sewe-nang-wenangnya menaikkan harga gula di pasaran tetapi memandangkan harga pada peringkat global meningkat maka kerajaan terpaksa menaikkan dengan kadar 20 sen setiap satu kilogram.

“Jika tahun lepas kerajaan telah berbelanja sebanyak RM720 juta untuk dijual kepada masyarakat dengan harga RM1.45 sen namun pada tahun ini sebanyak RM1.008 bilion dibelanjakan untuk dijual dengan harga RM1.65 sen,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Menangani Isu Kenaikan Harga Gula di Dewan Gamelan III, Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu.

Menurutnya, walaupun kenaikan gula ini naik 20 sen ia sebenarnya masih rendah jika dibandingkan dengan negara jiran yang sesetengahnya dua kali ganda daripada harga yang ditawarkan di negara kita.

“Oleh itu, tidak logik sekiranya peniaga minuman dan makanan menaikkan harga sewenang-we-nangnya kerana keuntu-ngan masih diperoleh dalam kadar memuaskan.

“Namun sejak tiga hari pemantauan dibuat oleh pihak penguat kuasa, kebanyakan peniaga masih lagi mengekalkan harga makanan dan minuman yang asal,” katanya.

Kata Hilmi, pengguna tidak perlu bimbang bekalan gula di negeri ini kerana kuota gula masih mencukupi sekiranya pembelian dibuat dalam kadar yang biasa tanpa membeli melebihi had.


Heboh seluruh negara mengenai tuntutan menggunakan kalimah Allah........
Kecoh seluruh rakyat bila diberitahu enjin jet jutaan ringgit dicuri oleh askar bawahan........

Tapi khutbah jumaat dinegeri aku Terengganu bumi penyu menyentuh soal harga gula naik...........KAH,KAH,KAH..

14 ulasan:

  1. Salam,macam2 peristiwa berlaku tahun lepas.
    Tahun baru inipun apa kurangnya.Tak tahu apa pula y bakal berlaku nanti.Yg pasti kita mesti bersedia meterial dan rohani.

    BalasPadam
  2. ijoks : benar tu pelbagai kejadian pelik menimpa kita sepanjang 2009.

    BalasPadam
  3. SaLaM, SYeKH;
    aPaKaH DoSa aNaK RuSa NaNi LaLu TiDaK KeMBaNG eKoRNYa? aPaKaH DoSa KiTa LaLu KeRaJaaN HenTaK RaKYaT LaGu Ni? HaRGa GuLa NaiK, LaMBaT-LauN HaRGa MiNuMaN aKaN NaiK. MenTeRi HaL-eHWaL YaNG JaDi BaPaK aRTiS Tu SuRuH KiTa BoiKoT PiHaK YaNG NaiKKaN HaRGa MiNuMaN DaN SeBaGaiNYa. BoiKoT? HuH, Yang SePaTuTNYa DiBoiKoT iaLaH PiHaK YaNG NaiKKaN HaRGa GuLa. SiaPa YaNG NaiKKaN HaRGa GuLa? MeH, KiTa PaKaT BoiKoT RaMai-RaMai.

    KaLau aDa uPaYa, SYeKH SuRuHLaH KHaTiB SeBuT HaL iNi.

    BalasPadam
  4. HAHHHH??? Khutbah pasal rege gula naik 20 sen. Pasal enjin jet hilang RM50 juta apa cite??? Pasal Gereja guna kalimah ALLAH apa cite???? Menatang betullah nak tutup mata isu2 camtu...

    BalasPadam
  5. salam,

    kahkahkah...
    org tganu konon2 kuno la tu kot
    tak tahu pasal engin jet, tak tahu pasal kapal selam, tak tahu pasal lain, hanya tahu pasal gula wat teh o... kuikuikui!!

    gula oh gula
    kenapa engkau naik
    macamna aku tak naik
    goh coh tong mintak naik

    heeeeeeeeeeee

    BalasPadam
  6. bukan semua orang naik jet ! tak terjangkau oleh pemikiran saya untuk membincangkan dua isu besar itu; enjin jet hilang dan penggunaan kalimah Allah ... saya serahkan kepada bijak pandai untuk menanganinya.

    BalasPadam
  7. patutla makcik kafe wat2 lupa letak gula bila p ngadu air xmanis..

    BalasPadam
  8. salam bro abu muaz,

    kontest tuh masih berjalan
    saya dah terima beberapa email
    masih terbuka
    tarikh tutup 20.1.2010 kan
    heeeeeeeeee

    BalasPadam
  9. asyik harga barang je naik,gaji bila plak nak naik??

    BalasPadam
  10. Salam,

    Apa khabar? Pertama kali menjejakkan kaki ke sini.

    Gula kat sini pun mahal, harganya sekilo LE4.50. Terpaksa senyum dengan manis tanpa gula.

    http://www.faridrashidi.com

    BalasPadam
  11. salam....tuan abu muaz,


    jangan salahkan dia..siapakah yang menulis tekas khutabah tu..kena direnung2kan..

    tq tuan sudi singgah blog hamba ..

    BalasPadam
  12. abah,
    tang gula nih blh kurangkan kencing manis.

    BalasPadam
  13. Satu lagi yang nak kena faham ni... harga minyak ikut kuasa enjin kenderaan... cemana gaya tu? :(

    BalasPadam