SERDANG - Hajat seorang ibu tua, Tumi Wongsorujo mahu melawat anaknya bagi melepaskan rasa rindu setelah berpisah selama tiga tahun bukan sahaja tidak tercapai, malah hatinya hancur apabila dihalau anaknya itu.
Tumi, 52, yang datang dari Kuching, Sarawak dikatakan sanggup meminjam wang daripada sanak saudara untuk membeli tiket kapal terbang ke Kuala Lumpur pada Selasa lalu dan mencari anaknya itu walaupun tanpa alamat lengkap.
Usaha nekad Tumi mencari anaknya itu yang dikatakan tinggal di Serdang akhirnya membuahkan hasil apabila dapat menemui rumah anaknya malam kelmarin selepas dibantu oleh orang awam dan polis.
Namun apabila sampai di rumah anaknya, dia bagai terkedu apabila anak sendiri tidak mengaku dirinya ibu dan lebih pedih Tumi diherdik dan dihalau oleh anak perempuannya yang tinggal bersama suami barunya.
Kita baru saja dikejutkan dengan berita ayah ditinggalkan anak ditepi jalan. Anak menyembelih bapa bersama tiga lagi saudaranya.
Kini timbul pula cerita baru....... kasih ibu membawa ke syurga.
malang apa yang sedang melanda masyarakat kini???? dajjal mana yang sedang merasuk> Pontianak mana yang sedang mengigit?
Tepi parit tumbuh mengkudu,
Berselang dengan pohon puding,
Hidup subur kanan dan kiri;
Tuan pergi dagang seorang,
Tuan saudara tempat mengadu,
Tiada saudara tempat berunding,
puisi ini khas buat saudara alavendari
salam. kesian dia. anak-anak buat derk aje.
BalasPadamkawang dok léh tebéng blékok dengor hok ggining-ggining... braser panas perut...!!!
BalasPadamSi Tanggang moden..watak Tanggang sekarang telah diambil alih oleh anak perempuan pula..
BalasPadamabu muaz
BalasPadamsaya terharu kerana awak menujukan puisi yang khas kepada saya. saya pilu dan terkedu pula membaca kisah yang awak bawakan.
sebenarnya saya ada banyak lagi keratan akhbar yang membawa tema yang serupa. dan sekarang saya rasa dah malas nak poskan. takut ada salah faham pula dari anak2 saya. jadi bila awak buat entri ini saya sokong sangat dan harap ia akan diteruskan. mungkin kalau isu begini kerap di bangkitkan, sedikit sebanyak akan menyubur kembali semangat kekeluargaan. Biiznillah.
Salam, tuan.
BalasPadamKasihannya ibu ini.. Semoga Allah melindungi dan merahmatinya di dunia dan di akhirat.. Nantikan sahaja balasan Allah untuk anak itu kelak...
sedih hingga menitiskan airmata..kerana sy seorg ibu..dan ada cerita lebih sedih tentang sy..perihal anak sy yg tk pernah sy khabarkan di maya ini..mng sy sgt sedih..mengapa ada anak yg snggup buang ibu yg melahirkan kita..:(
BalasPadamsalam..abu muaz..n3 y baik untuk sedarkan masyarakat.. bila baca ni hati kita pun sakit..apatah lagi yang menanggungnya.. sumpah aje tanggang moden tu jadi sesuatu..jgn jadi batu... xde hasil nanti.. sumpah jadi emas.. blh mak dia ambik sikit bt bayar hutang sedara mara..
BalasPadamsalam ziarah,
BalasPadamsyurga di bawah telapak kaki ibu...
saya pun seorang ibu..
BalasPadamsedihnya bila membaca kisah sebegini..tak sangka dizaman moden ini, tak sangka masih ada sitanggang yg wujud..mudah2an kisah sebegini tidak berlaku kepada kita dan ibubapa yg lainnya..
kadang2 ada juga orang yg berkata what u gives u get back..benarkah ???