KEPIMPINAN suatu sifat yang sukar dibuat-buat. Ianya mestilah dibentuk. Kepimpinan yang baik akan meningkatkan moral dan semangat dan sebaliknya kepimpinan yang lemah akan menjatuhkan moral dan semua perkara yang baik-baik.
Kepimpinan bukan terbatas kepada kepimpinan keluarga sahaja tetapi dimaksudkan ialah keseluruhan kepimpinan: kepimpinan politik, kepimpinan perusahaan,pemikiran, pendidikan dan kepimpinan ketenteraan.
Apabila semua orang yang terlibat dengan kepimpinan ini menjadi tempat keyakinan orang -orang bawahannya maka moral para pengikut dan rakyat juga di dalam keadaan baik, jika kepimpinan itu rosak maka rosaklah moral itu juga.
Ummat Islam mestilah sentiasa sedar dan cukup kenal setiap pemimpin mereka. Para pekerja juga mesti mengenali dengan jelas kepimpinan perusahaan mereka. Keluarga di rumah juga tentu tahu siapa dan bagaimana kepala keluarga itu .
Maka janganlah para pemimpin itu menyangka bahawa mereka dapat menyembunyikan hakikat dirinya dari orang-orang bawahan. Amatlah salah sangkaan para pemimpin itu kerana mereka sentiasa terbuka dan hakikat diri mereka sentiasa di ketahui oleh orang dikeliling kelalangnya.
Kita tentu sekali tidak ingin berketuakan pemimpin yang buruk akhlak dan tingkahlakunya.
Soalnya sekarang ini ialah bagaimanakah hendak menjadi pemimpin yang menjadi keyakinan dan kepercayaan orang-orang bawahanya?
Untuk semua itu maka pemimpin mestilah dapat melupakan dirinya demi kepentingan bawahannya. Mesti mengotakan apa yang dijanji dan dikata. Mesti melaksanakan segala keputusan ke atas dirinya lebih dahulu sebelum meminta orang lain mematuhinya.
Seorang pemimipin juga mesti sedar akan tanggungjawab bersih sebersihnya. Mesti berpegang teguh kepada nilai-nilai akhlak yang tinggi. Ia juga mesti berusaha melaksanakan tugasnya dengan penuh amanah dan cermat.
Seorang pemimpin mestilah mengambil berat terhadap nasib orang bawahannya,segala kebajikan mereka mesti diurus dengan baik. Pemimpin juga mesti mengambil keputusan ke atas perkara penting, sanggup memikul tanggungjawab, tidak cuba meletak beban ke atas orang lain. Ia juga mesti mempunyai perasaan kasih sayang dan percaya mempercayai dengan orang-orangnya.
Seorang pemimpin juga mestilah mempunyai pandangan hidup yang terkenal,sihat, beriman sepenuhnya dan tidak bermuka-muka (hipokrit). Ia juga mesti sanggup mengurbankan kepentinganya demi bawahannya dan tidak mengurbankan kepentingan orang lain demi kepentingan dirinya.
Ia juga tidak mudah jemu dan bosan dalam bekerja. Pemimpin juga mesti sanggup mempersamakan dirinya dengan bawahanya di luar tugas rasmi. Jiwanya mesti kuat tidak mudah terpengaruh dan dipengaruhi. Mesti mempunyai personaliti yang kukuh dan mempunyai idea yang jelas. Ia mesti juga mempunyai masa lalu yang cukup baik dan mulia.
Cumanya.................... masih adakah pemimipin seperti itu semua kini???????
Uncle....
BalasPadamklau semua pemimpin di malaysia ni bersih..
x mengamalkan k0rupsi..
takde penyelewengan..
tak perlu ada kabel nk mitak kerja..
takkan naek harga gula..
tak pincang pentadbiran..
takkan ada org tido dlm umah kotak....
dan.............
takkan ada rancangan BERSAMAMU TV3
berebut rebut nak jadi pemimpin, tak kiralah sama ada pangkah orang lain. adakah ini ciri ciri saeorang pemimpin ?
BalasPadamSukarnya mencari pemimpin yang betul2 boleh 'memimpin'.. :(
BalasPadamSalam Abu Muaz,
BalasPadamPemimpin yang ideal akan membawa kebahagiaan kepada org yang dipimpin, sebaliknya pemimpin yang tidak ada ciri2 di atas akan membawa kedukaaan/kecelakaan dan mcm2 an dihujungnya kpd org2 yang dipimpinnya..
ada.... yg ikhlas krn allah tapi sekain pupus huhuuu
BalasPadamaku membacanya ...
BalasPadamAKU OranG LauT :pemimpin malaysia kaya-kaya belaka. Ketua Bahagian pun dah kaya raya.
BalasPadamendiem ; bagus juga berebut tuuu....moga jumpa yang terbaik
BalasPadamkakcikseroja ; memang susah cari pemimpin. Lemah pemimpin lemahlah para orang bawahannya. Kalau pemimpin suka bola rakyat pun akan jadi macam bola .....
BalasPadamWerdah : kita nii tak pandai pilih pemimpin barangkali!!! atau ambil mmudah.
BalasPadammaiyah :mungkin
BalasPadamsaniza:t.kasih kerana sudah membaca coretan ini dan kerana sudi singgah diteratak buruk ini.
BalasPadamsalam en abu muaz,
BalasPadamkami rakyat2 jelata or rakyat biasa ni memang ingin sangat2 la pemimpin sebegini.
kalau semua pemimpin adil,tiada rasuah, ada tanggunjawab pada rakyat, beriman, cerdik, tak salah guna kuasa, tak ada rakyat melaysia jadi mcm ni.
terasa macam rakyat pun diajar utk salah guna kuasa, rasuah dan macm2 perbuatan jahat jerk.
bukan ke pemimpin yg akan disoal dahulu di padang masyar nanti?
haaaaaaaaaaaaaa... jawab la ko
salam abu muaz,
BalasPadammmg susah nak dpt pemimpin sebegitu.
lihat saja di negara kita ini.
sesiapa yg jadi pemimpin hidupnya melimpah ruah...tiada keikhlasan dlm kerja.
Pemimpin yang sedia dipimpin adalah benar benar seorang pemimpin..
BalasPadam