Pengikut

Selasa, 12 Januari 2010

Wahai anak-anak kesayanganku..............

Assalamualaikum .

Hari ini kita sering mendengar berita tentang anak-anak yang tidak menghormati ibu bapa bahkan sudah sampai peringkat mencedera dan membunuh mereka. Berlakunya gejala pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan sehingga melahirkan anak-anak luar nikah. Remaja dirosakkan oleh bahan-bahan yang merbahayakan tubuh badan seperti dadah,ganja, menghidu gam, penagihan ubat batuk dan lain - lain lagi .

Bahkan sudah ada kanak-kanak sekolah yang mencedarakan rakan sebaya mereka. Kejadian melawan guru sehingga membakar rumah guru dan membakar sekolah bukanlah sesuatu yang pelik pada hari ini.

Dimanakah silapnya sistem pendidikan kita sehingga sudah merosakkan semua perilaku dan akhlak yang baik-baik ini.

Sudah tentulah tidak cukup ruang untuk dihuraikan satu persatu punca masalahnya. Mungkin kali ini cukup untuk kita katakan bahwa faktor kekeluargaan sudah tidak lagi menjadi benteng kepada keutuhan akhlak anak-anak kita kini.

Asas pendidikan adalah dirumah. Sekiranya dirumah sendiri mereka tidak lagi mendapat asas pendidikan maka apabila berada diluar rumah sudah tentulah sukar bagi anak remaja kita untuk menghadapi godaan dan pancaroba diluar. Pergaulan dengan rakan-rakan yang jahat, sex bebas, hiburan yang melalaikan yang tersangat hebat hari ini.

Mereka yang mempunyai asas yang kuat pun belum tentu terselamat dan bukan sedikit yang tercicir dipertengahan jalan.

12 ulasan:

  1. asalammualaikum en abu muaz..terima kasih kerana selalu singgah ke blog saya..ada anak yg terlibat dalam kerjaya marine ker?
    bagus la..semoga nanti ramai Captain yang berkebolehan lahir dari bumi bertuah ni..

    BalasPadam
  2. Salam Abu Muaz..

    kesibukan merenggangkan ikatan antara ibubapa dengan anak2, suami dengan isteri.... :(

    BalasPadam
  3. bukan tugas mudah untuk melahirkan generasi yang cemerlang akhlak dan sahsiahnya masakini...terlalu banyak cabaran dan godaan!!

    BalasPadam
  4. CC harap yg terbaik untuk anak2 CC akan datnag.
    amin
    harap abah pun mempunyai anaka2 yg terbaik.

    BalasPadam
  5. Salam Abu Muaz,

    Ramai ibu bapa yang berjaya mendidik anak ialah yang kuat daripada segi rohani.. sabar dan berhikmah.. kerenah anak2 jika diikut kesemuanya memang mendatangkan kesan yg tak baik.

    BalasPadam
  6. salam......tuan,

    hari ni pula di metro, seorang ibu menyimbah asid ke muka anak kandungnya pula..

    mcm2 hal yg berlaku di dunia ni sekarng ni ya tuan..

    BalasPadam
  7. nak salahkan siapa lagi?
    anak2 salahkan ibu bapa kata kurang kasih sayang?
    mak ayah salahkan anak2 sebab berkawan2.

    bagi saya:
    bukan salah ibu mengandung
    diri sendiri
    itu sahaja..

    BalasPadam
  8. kekadang dah didik dgn baik tapi terlopeh gak cam saya ni heheh

    BalasPadam
  9. kecik2 dengar ckp mak ayah..bila da besar sikit da pandai melawan...

    bukan salah didikan kat umah jugak kan..

    BalasPadam
  10. sungguh kita alpa sebenarnya... anjuran Rasulullah (saw) adalah uslub terbaik dulu kini dan selamanya...

    BalasPadam
  11. Mengunjungi di pagi hari untuk para sahabatku
    Tetaplah berkaya dengan hati yang jernih dan memancarkan cahaya Tuhan.

    BalasPadam
  12. canggih sangat kot budak sekarang ni en.muaz..hohoho kekadang x terjangkau akal kita memikirkan perbuatan bebudak skg ni kan?

    BalasPadam