Pengikut

Jumaat, 22 Januari 2010

kalau para gadis nak kekalkan keayuanya....

Salam. Dan selamat solat jumaat pada kaum Adam.

Aku baca satu tulisan selepas subuh tadi mengenai rahsia gadis melayu mengekalkan keayuannya. Antaranya...... tapi bagi pembaca wanita janganlah marah ya. semua ini hanya pandangan. Mana yang baik ... ambillah.... yang buruk tuuu... buanglah. Jangan berdendam. Janganlah menidakkan pula.

1.Menjaga kulit.Utamakan kebersihan.Makanlah ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar. Makan selalu. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.

2.Menjaga muka. Tangan mestilah sentiasa bersih dan lembut. Jangan guna bedak yang bukan-bukan. Selalu guna bedak sejuk. Jangan kuat berangan-angan.

3.Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Selalu bersihkan rambut tetapi jangan terlalu kerap. Bila sikat rambut tuu.... ulangi sikat keseluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ingat lelaki sukakan gadis berambut panjang tetapi kemas.

4.Menjaga cara berjalan. latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengangkang atau tangan terlalu dihayun. langkah jangan terlalu besar. berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher pula jangan senget sebelah. Muka elok ditundukkan sedikit.

5.Menjaga gerak geri. Bila duduk dilantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk dikerusi jangan sila panggung. Janganlah mengangkang. Cara bergerak biarlah lemahlembut.

6.Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengih. Tutup mulut bila ketawa. Ketawalah secara sederhana.

7.Menjaga sikap. taat pada tuntutan agama. Jangan bohong. Jauhi dari merungut..Janganlah cerewet dan pandai menjaga hati orang.


oklah...... cuba amalkan yang ini dulu wahai anak-anak gadis ..... dah dekat nak jumaat ni.... wa cau dulu....

12 ulasan:

  1. salam

    heeeeeeee
    mamang suka ulang2 ni
    ekekke

    BalasPadam
  2. time kasih pakcik..tapi p0mpuan2 kat fakulti mekanikal skit sangat yg ayu2...heeee

    BalasPadam
  3. tang penjagaan dgn bedak sejuk tu...mmg lah x dpt dinafikan dari zaman atok nenek kita dulu.

    tapi dgn keadaan cuaca kita skrg...sy dah x rasa bedak sejuk tu sesuai dgn muka sy lagi.( sy aje tau)

    BalasPadam
  4. Salam ziarah abu muadz.terima kasih info jumaat ni...ada manfaatnya...
    "DUNIA ADALAH PERHIASAN,SEBAIK2 PERHIASAN ADALAH WANITA SOLIHAH"

    BalasPadam
  5. bagus utk ank2 gadis ni.. ulam tu mmg benar sbb akak ipar suka mkn n muka dia nmpak muda

    BalasPadam
  6. Salam. sebelum komen saya nak minta maaf dulu. saya dah pun minta maaf secara terbuka kat blog saya. saya secara tak sengaja ter'reject' komen awak dalam entri saya yang terakhir. salah saya tak hati2. kalau tak letak penapis, macam2 spam pulak masuk.

    Berkenaan mauduk entri ini, saya setuju sangat. dan itulah pun ciri-ciri gadis yang saya cari untuk di jadikan errr.. menantu !

    BalasPadam
  7. blueCITY :bagusla biru suka ulang-ulang. Ulang apa yg paling suka biru? Pucuk jambu golok ke?

    BalasPadam
  8. sharamli : ayu bukan makna comel atau cantik paras rupa sajakan.

    BalasPadam
  9. zue :tapi bedak tuuu telah dimodenkan sekarang ni.Banyak dijual secara jualan lansung.

    BalasPadam
  10. Husin Husaini :benar sekali tuan.

    BalasPadam
  11. maiyah :sukar mencari anak-anak gadis yg baik-baik kini maiyah.Anak jantan pun apa kurangnya gelagat mereka sekarang?

    BalasPadam
  12. al-lavendari:itulah saya tercari-cari juga kemana menghilangnya komen saya.Payah juga nak cari menantu sekarang ni tuan.

    BalasPadam